Monday, May 23, 2016

Pre-Eklampsia dan Second Pregnancy

Alhamdulillah..
Harini genap 25 hari Baby Thea lahir ke dunia yang fana ini. Baby Thea lahir fullterm, 38weeks. Syukur sangat walaupun tak sampai 40weeks. Yang penting, melepasi 37weeks. Alhamdulillah.

Bagi seseorang yang pernah didiagnos mempunyai risiko Severe Pre-Eklampsia semasa mengandung kali pertama 2 tahun yang lepas, dan melahirkan anak tak cukup bulan (32weeks), saya memang agak takut-takut sejurus bila mengetahui bahawa saya mengandung lagi. Seronok, tapi risau.

Risau sekiranya keguguran (sebab masih breastfeed Amsyar). Risau sekiranya kandungan kali ini tak mencapai full-term. Dari 'research' yang saya lakukan, most of ibu-ibu Pre-Eklampsia (PE), biasanya akan menghadapi PE juga dikandungan seterusnya. Paling menakutkan, kandungan seterusnya lazimnya lahir lebih awal dari yang sebelumnya. Contoh, kandungan pertama lahir 35w, kandungan kedua lahir 31w.. kandungan ketiga 28w. Itu hasil yang saya dapat dari perkongsian ibu2 dalam group Baby Premature dan juga dari ibu-ibu yang saya kenali di hospital sepanjang berulang-alik ke NICU semasa Amsyar lahir dua tahun yang lepas.

Jadi, semasa mengandungkan Thea, saya di tahap 'redha' dan 'pasrah'. Saya dah siapkan mental bahawa kalini saya bakal melahirkan seorang lagi premature baby. Tapi, of course.. setiap hari di setiap hujung solat saya berdoa semoga kandungan kalini dapat mencapai fullterm. At least sampai 36weeks pun dah ok..




This 2nd pregnancy is quite different from the previous one.

Semasa 1st pregnancy, saya ok je setiap kali check up. Ada GDM, tapi tak teruk. Blood pressure, HB semua ok. Cuma tak tahu kenapa semasa checkup 32weeks, BP mencanak-canak naik. Saya syak sebab stress semasa di London/Paris. Saya tak boleh cope dengan cuaca winter di saat kandungan 28weeks. Tapi tak tahu la sebab sebenarnya apa.

2nd pregnancy pula, BP saya sentiasa low. HB masa awal2 pregnancy pun low. So what i do is, each morning wajibbbb makan jus delima 2 @ 3 sudu. Selain tu, setiap hari makan kurma, minum susu, minum jus buah-buahan dan juga makan buah. Hasilnya, HB makin cantik. Tapi BP tetap low. Mungkin disebabkan low BP, Doctor tak prescribe ubat darah tinggi untuk saya. Melalui pengalaman ibu2 PE, kata mereka, bila start mengandung je, Doc akan prescribe ubat utk elakkan BP mereka dari naik seawal kandungan 8 minggu. Saya takde pulak. Nurse KK pun pelik bila saya bagitau yg Doc takde suh start makan ubat. Saya cuma cakap.. maybe sebab low BP la kot. Selain itu, saya disahkan mempunyai GDM ketika kandungan berusia 31weeks. Terpaksa la control diet sampaikan berat turun gara2 terlalu jaga makan. Haishhh. Macam2 hal..

Apapun.. saya rasa syukur sangat bila kandungan mencecah 35weeks. Hari-hari berdoa, hampir setiap hari solat Hajat semoga kandungan kalini melepasi 36weeks. Bila dah mencecah 35weeks ni, baru lah reti nak menggelabah, kena buat pilihan samaada nak vbac atau cesaer? Of course, saya pilih untuk vbac. In fact, last minute baru la belajar teknik2 gentle birth. (Sila jangan tiru perangai ni yer. Sila laa belajar dari awal supaya tak menggelabah bila tiba waktu melahirkan). Punya la bersemangat nak melahirkan secara natural & gentle, hari2 minum VCO. Minum susu kambing. Buat exercise. Mencangkung sambil mandikan amsyar (padehal selalunya berdiri pun bole. Hehe.)

Di usia kandungan 36weeks, pergi la check up dgn Gynae kesayangan, Dr. I. Minta opinion whether i can vbac or do i need another cesaerian? Kata Dr. I, dia prefer cesaer. Tapi kalau nak try vbac pun boleh. But.. (yes, there's a but!) I had PE during my previous pregnancy, so kemungkinan utk PE attack semasa tengah push-push tu tinggi. They hafto send me to OT once PE attack. Maka akan jadi lah Emergency Cesaer. Bila dah jadi emergency, akan kelam kabut lah jadinya.. hmmm. Termenung lah saya bila Dr.I cakap macamtu. Last sekali, Dr.I suh bincang dengan husband dan buat istikharah. I should come to her again on 37weeks to set date untuk cesaer once i reached 38weeks.

What did I do? Well.. my husband and i decided to skip the appoinment. Kitorang pergi GH on 38weeks untuk regular check up. Jumpa Doc Pakar, buat scan. Doc cakap "air ketuban awak tinggal sikit sangat ni. Kita kena keluarkan baby harini jugak". I was like... "huh?" Sambil dalam hati berkata 'aik. Konon nak lari dari czer dgn Dr.I. arini tapi nampaknya sampai sini pun kena jugak. Memang dah takdir baby lahir masa 38weeks kot..'

Selain sebab air ketuban yang tinggal tak sampai separuh, CTG menunjukkan pergerakkan baby tak cantik (padehal baby thea ni mmg jenis tido siang. Biasanya dia start actively kicking kul 2pm sampai la ke pagi esoknya. Tapi Doc tak accept. Dia cakap 'kalau gitu maknanya memang baby awak ada problem' T_T ). Doc decide untuk keluarkan baby pada hari itu juga kerana risau memandangkan history kandungan sebelum ni di mana uri telah pun tercerai dari rahim. So nak tak nak, kena la potong hari itu juga. Maka jadi lah emergency czer untuk kali kedua. So there goes my 'gentle birth" down the drain. Huwaaaaaaaaaaa!

Setelah bermacam2 dugaan; iaitu 3x kena potong queue masuk OT room. Last makan 9.30 pagi, 27/4/2016. Kena puasa untuk czer sebab dijadualkan masuk OT pukul 4.30ptg. Tapi last sekali, kul 11.30malam baru ditolak masuk ke OT. (Emergency la sangat kan? Pfftt) Sebelum tu siap mintak pospon suh diorang czer esok je la sbb iolls laparrr sangatttt. Sian baby dalam perut. Huhuu.

Tapi akhirnyaaa..
28/4/2016, jam 0014hrs lahir lah seorang baby girl yang comel macam amoi Jepun.. hehehe.


Apapun.. alhamdulillah. Syukur sangat kalini dapat merasa full term pregnancy. A bit sad tak dapat vbac, but i believe.. Allah's plan is the best plan of all. Takpe lah tak merasa natural birth, yang penting both mommy & baby selamat. No point trying to vbac when i know it is full of risk, i can end up in ICU for a month or worst.......... my baby might live without her mommy. Sobbsss.

Having PE is a no joke. Pengalaman pertama dulu banyak mengajar. Dah melahirkan, tapi tak dibenarkan melawat anak. Ada baby, tapi tak boleh pegang. Cuma mampu lihat dari luar sahaja. Bayi kecil penuh dengan wayar. Bayi kecil yang hari2 nya dipenuhi dengan pelbagai test.. bayi kecil yang hampir setiap hari dicucuk. Setiap hari wondering if he is still alive the next day. Ohhh cukup lahhh.. that's why i think it's okay kena czer pun. Yang penting dedua selamat. Alhamdulillah...

Saturday, May 14, 2016

pengalaman bersalin premature baby~

** i write this down for future me, in case i need to refresh the details later on **

my first born, Amsyar was a preemie (premature baby). he was born via csection - and it was an emergency one.

alkisahnya, i went to see my gynae during 32weeks check-up. Gynae kata, everything is okay. baby kecil, but nothing to worry sebab mommy pun kecil. so, basicaly, semuanya ok lah until i showed her my swollen feet. and all of a sudden, Gynae nampak gelabah lalu cepat2 keluarkan alat ukur tekanan darah.and the result? well... i will never forget her words:

"i have to admit you now. your blood pressure is too high!"

to cut the story short, i had my 'percutian 3H2M' di hospital. tekanan darah tak turun-turun. protein dalam urine remains +2. i had what they call as Pre-Eklampsia. maka akhirnya i was sent to GH on Sunday night. dan tiba-tiba perlu emergency czer pada malam tu juga memandangkan ctg baby menunjukkan abnormal (we only found out recently, bahawa uri telah pun tercerai masa tu. baby dalam perut dah distress, thus the abnormal CTG). 

never had i imagined things gonna be this way. bersalin czer satu hal. anak pra-matang satu hal lagi. i mean, i have no idea what premature really is.
disebabkan tekanan darah yang masih tinggi walaupun selepas melahirkan, saya tak dibenarkan melawat anak (yang masa tu berada di NICU). jangan kata melawat anak, Doc tak bagi pun bergerak pergi mana2 kecuali disuruh bergerak ke toilet memandangkan saya di czer, so perlu menggerakkan anggota badan agar darah boleh mengalir dengan baik.. supaya tiada blood clots.

i could only visited my baby on Day 3 - tu pun merayu dengan doctor. doc tu pulak memang jenis yang baik hati, akhirnya dia benarkan juga saya pergi melawat baby di NICU dengan syarat, pakai wheelchair. Alhamdulillah... suami bawak saya masuk NICU. dan kali pertama melihat anak, hati sebak.. airmata turun dengan lebatnya.. ya ALLAH.. sedihnya tengok keadaan baby yang berada dalam kotak kaca, hanya pakai pampers, penuh dengan wayar2 di seluruh badan. hancur sungguh rasa hati masa tu..


the first time we met. 
he was born on 17th Feb 2014.
i could only met him on 20th Feb. 
T___________T



i was warded for a week - discharged after my BP turned normal, tu pun masih perlu pantauan dari KK setiap hari. dan lepas discharged, bermula lah kehidupan berpantang-yang-tak-berapa-nak-pantang.


BAGAIMANA CARA BERPANTANG SAMBIL ANAK WARDED DI HOSPITAL?

Honestly, tak berpantang pun.
Saya cuma mampu berpantang dari segi makan sahaja + mandi herba+ berurut (urut selepas 2 minggu czer).
sebabnya, pagi-pagi dah sibuk ke hospital.
stay sampai tengah hari atau petang. kadang-kadang, lepas maghrib pergi hospital semula dan duduk lah sana sampai pukul 10 malam (atau sampai kena halau. hehehe. )


jadual saya:
(waktu Amsyar dah duduk dalam cot)
usually, suami akan hantar ke hospital pukul 7.30 atau 8.00 pagi.
kalau nurse belum warmkan susu Amsyar, saya akan ambil Amsyar dan direct feed dia. sebabnya, ada ramaiiiii baby kat nursery. nurse akan bagi susu ikut turn. dan selalunya turn Amsyar lambat. tak sampai hati saya tengok dia menanges sampai merah2 muka badan sumer. that's why saya DF jer dia terus. so ebm yang ada bole simpan untuk kegunaan waktu malam.

tengah hari, samada suami bawak sy balik ke rumah atau suami bawakkan bekal nasi siap2. Mama masih bekerja masa ni, tapi pagi2 dia akan masakkan lauk pantang untuk saya (tengkiu Mama, lebiu!). 

waktu Amsyar tidur, i'll stay in the nursing room and pump. yer, waktu ibu-ibu lain menyusukan anak mereka, saya pula buat muka toya keluarkan pump. hehe. (mostly ibu2 yg dalam Nursing Room tu ada kat situ sebab susukan anak2 yang kena jaundis. )

itu masa Amsyar dah duduk dlm kot.
tapi waktu sebelum tu, semasa Amsyar masih dalam inkubator, saya masuk lewat sikit. normally at 9am or 10am camtu sebab:

- tunggu doc pakar buat morning round. biasanya parents tak boleh ada kat baby masa tu. so what i did, tunggu kat luar nursery. lepas Doc abes round, saya akan jumpa Doc dan tanya perkembangan baby. setiap hari saya akan jotted down apa yg Doc cakap dalam henfon (utk reference. sangat penting sebab kadang2 harini Doc cakap camni, esoknya dia cakap lain pulak. so it's important for mom/dad untuk ambil tahu every single thing).
- masa dlm incubator, amsyar tak boleh DF. dia minum susu guna tube. biasanya nurse yang akan bagi susu guna tiub sbb saya tak pandai (dan takuttt!). So, keberadaan saya di sana hanya lah untuk sessi Kangaroo Care sejurus selepas Doc Pakar habis round NICU/SCN (special care nursery).

this is baby Amsyar, inside my baju. hehe.


Amsyar stay di hospital agak lama. 57 hari. as a mom, that was 57 of miserable days for me to keep holding on. Masa usia dia 30 hari camtu (tak ingat exact days. malas nak bukak note. hehe), he had a surgery for Hernia (apparently, it's normal for premmie to have hernia since most of premmie organs are not fully developed when they were born).Lepas surgery, dia sangat2 lemah disebabkan Doc over-bius Amsyar. Amsyar tak sedar dalam 2 hari. lepas tu, ada jangkitan kuman pulak dalam paru-paru, so after a few days after the surgery, he was transferred to isolation room. memang haywire sangat hidup saya sepanjang 57 hari tu, espeacially after the surgery. hari2 menangis takyah citer laa sampaikan Doctor Peads datang kat saya yang sedang berjuraian air mata, pujuk2 saya. i remember she said:

 "i know you are sad. but we are trying to do the best we can to help your baby to be healthy. i'm not in ur shoes, i know. but Mommy needs to be strong, because baby can feels you. if you are sad then baby will sad too.." -> lagik la aku menangis bila Doc cakap camtu kan. haha.

anyway,
Alhamdulillah..
Amsyar is such a fighter, he finally comes home after spending the first 57 days of his life at NICU/SCN.
syukur sangat ya Allah. tak mampu diucap dengan kata-kata.
sekarang he is a healthy 2 years ++ young little Abang. 
sangat cheeky, sangat periang. my sister call him as "budak yang mudah terhibur". hehe.
he loves his baby sister so much- kejap2 nak cium Adik Baby. comelsss sangattt.

so, that was my experience as a first time mom, with PE condition, emergency cesarean to a premature baby. hope it helps to other preemie parents out there.

pls don't be scared. it's true, you have to be strong.

setiap hari kat sana, sentiasa lah:

* baca zikir & doa sambil usap2 baby. i always recite Surahs to Amsyar.
* sometimes i sang to him ("You are my sunshine.. my only sunshine.." -> sebab selalu jugak nyanyikan lagu ni masa dia dalam perut. hihi~)
* Kangaroo Care!! wajib sangat nih.
* kadang-kadang, in between baca surah/nyanyi, saya selalu juga borak2 dengan Amsyar. selalu pesan cakap dia kuat.. dia hebat.. dia fighter.. cakap mommy & ayah tunggu dia bebetul sihat supaya bole balik..
* breastfeed! haaaa ni pun penting jugak ni. sebabnya, baby prem ni sangat sensitif. hanya susu ibu sahaja yang mempunyai antibodi. susu FM takde yer.selain untuk antibodi & segala bagai khasiat lain, ia juga penting untuk 'bonding'. maklum lah, macam kes saya: we met only after 3 days. no skin to skin after birth. no direct feed whatsoever. however, i did pump for my baby. pastu pass kat nurse untuk disimpan dalam fridge NICU. Walau pun tengah sakit & agak depress jugak la masa tu, tapiiii kuatkan hati demi anak. nak anak cepat sihat punya pasal. Wahai ibu-ibu, cubalah kuatkan hati untuk anak anda. unless kalau ibu mempunyai penyakit yang tak membolehkan untuk menyusukan anak. berulang-alik ke hospital selama 2 bulan, bermacam jenis orang yang saya jumpa. paling kagum dengan ibu-ibu cekal yang mempunyai penyakit yang berisiko tinggi, tetapi tetap berjuang lahirkan anak. walaupun tak mampu untuk susukan anak, saya kagum dengan kecekalan dan ketabahan mereka,

last but not least,
sedih pilu macam mana pun, jangan sesekali menangis depan baby. inshaa ALLAH, baby kuat jika parentsnya kuat :)

baby number two..

wow.
my last blog entry was more than a year ago.
ni bukan tahap bersawang dah ni. dah tahap bole jadi ancient artifact kot ;p

micro blogging is just easier. i used to update EVERYTHING via facebook or instagram. senang, cepat dan mudah. tapi, few months ago my IG account has been disabled only God (and the instagram team) knows why. sakit pulak hatiku entah sape lah yang gatal sangat report ig aku yang tader pape tu. it's my personal account - my IG is mainly about my travels, family & friends. so it's kinda weird and confusing why they disable my account. dah email the IG team a few times but got no reply. so lama2 aku pun rasa berjauh hati lalu biarkan je lah.. so there goes my 5 years of being an IG addicts.. there goes all my photos and my check ins from various places around the world.. *sigh*

anyway,
i am currently sedang berpantang.
yup. you read it right.
sekarang sedang berpantang anak kedua.
alhamdulillah..
syukur kpd ALLAH SWT di atas segala nikmat & kurniaanNya.
sekarang ku bergelar ibu kepada sepasang cahayamata: Abang Amsyar & Baby Athea. :)

i want to write more.
but maybe in the next entry.
just hope this won't be my last entry for 2016.
i have a lotttttt to write so, see you soon!

Tuesday, February 17, 2015

Happy Birthday, my Son-shine :)

it's a been a year already. my boy turns one today.


he was supposed to come out to see the world in April, but he decided to give me an early surprise in February : i gave birth to this sweet little boy when i was 32 weeks pregnant. 
yes. he was born premature, also known as preemie which to me- is a miracle baby. :)

looking back at one year ago, it was a painful memory. i'll shed tears everytime my mind travels back to the day my boy was born until the day he finally discharged. sedih tak terkata, pilu tak terungkap. having a preemie baby, only a preemie Mom can understand the pain. 


anyway,
cut the story short.
Alhamdulillah..
my little boy, whom we named as Amsyar
now is 1 year old~!


ohhh how time flies!
dah pandai tepuk tangan.. 
dah pandai high five..
dah pandai nak berjalan..
auwwww.. tak lama je lagi he's gonna be a fine young man.
alahai anak...
jangan la membesar cepat sangat.
mommy tak puas peluk cium awak lagi.
#syahdupulakrasanya.

my baby Amsyar,
mommy doakan semoga Amsyar membesar menjadi hamba Allah yang soleh, 
yang baik akhlaknya, 
yang pintar,
yang berilmu,
yang berjihad di jalan ALLAH SWT.
mommy doakan semoga Amsyar sentiasa dalam lindungan ALLAH SWT dan berjaya di dunia & di akhirat.

semoga Amsyar menjadi seorang anak yang soleh, yang mampu bekalkan doa kepada mommy & ayah apabila mommy & ayah tiada lagi di dunia ini kerana tiada lain yg kami perlukan melainkan doa dari anak kami yang soleh.
Amin.

Thursday, January 30, 2014

Newborn Baby Checklist - Melayu Style ;)

Alhamdulillah..
It's been 30 weeks now, that i'm carrying this little miracle inside me =)

So sekarang ni sibuk prepare barang untuk mummy & baby.
Aritu pergi London tak beli apa sangat pun; ada la 3-4 helai je baju baby. 
Pastu beli Medela set kat sana. Benda-benda lain e.g: Botol, Warmer, Sterilizer bagai semua tak beli pun sebab.... BEG TAK MUAT! KLM bagi max 23kg, TAPI 1 beg sahaja ya. tak boleh combine 2,3 beg. pffttt! hangin tul. Barang baby yang best-best kat sana adalah sangat murah yer. Mommies out there, please take note. ;)

Anyway, here is my printable checklist. ada yang full version dan ada yang saya separate jadi dua : Mommy/Baby Hospital Checklist & Newborn Checklist. Kalau ada yang berminat nak pdf version, you can e-mail me: miss.ttjl@gmail.com :

Ni memula buat list pakai apps dalam phone jer:



Pastu buat printable version sebab much easier ;p


Mommy Baby Hospital Checklist


Newborn baby checklist - Full

Tuesday, January 28, 2014

So.. i was in UK & France for a week..

Satu percutian yang tak dirancang.
i was informed that i'll be going to UK in 2 weeks time and i wasn't sure what to do: nak pergi ke tak nak because i was going to be 28th weeks pregnant by the time i was supposed to fly.

will update more later on this trip, inshaa Allah =)



Tapi sila jangan berharap entry ni best sebab it's winter in Europe, the temperature kept dropping and this preggy lady sangattttt tak larat nak jalan. huhu~



Wednesday, January 15, 2014

emosi yang tak stabil + charger + monopod for smartphone

Sekarang ni memang seriously takde mood.
Semalam lagi la teruk.. asek menangis je.
Kalau lah orang tau the reason aku bad mood sampai menangis ni sebenarnya small matter je pun, that is:




....






....












.....








I. LOST. MY. CAMERA.CHARGER.

yer. sila la gelak.
tapi serious aku rasa down gila.
sebab aku ni jenis memang sangat-sangat menjaga barang.
i never lost any of my important things: handphone ke camera ke jam ke or whatever. memang tak pernah hilang.
Aku ni orangnya yang memang suka beli barang yang agak mahal TAPI akan guna untuk jangka masa yang saaaaaaaaaangat lama. Aku tak kesah spent money untuk barang yang aku rasa worth it untuk beli, sebab i know myself-- i know how to take good care of my personal belongings.



 teringinnya nak ada full set macam nih

Jadi--
Bila aku realized yang charger kamera aku hilang, terus aku jadi macam hilang arah sikit.
Sedih semacam. tak senang duduk. rasa frust sangat.
Dah la nak pakai kamera tu this week =(


Canon G12
3 Memory Card (1 original + 2 spare)
2 batteries  (1 original + 1 spare)
~ apa lah guna semua ni tanpa charger bateri. sobsob T___T



Hilang pun bukannya sebab aku sengaja hilangkan--
Aku beri kamera & charger tu kat adik aku suh jaga kat rumah.
Tapi yang selamatnya hanya lah kamera.. charger tak dapat dikesan.
Aku syak charger tu masih ada di rumah, tapi masalahnya, dah habis satu rumah aku geledah, still tak jumpa. Huwaaaaaaaaa~~~~


Hasben cakap takyah la risau pasal kamera tu, handphone kan ada. boleh amek gambar cantik-cantik jugak.
and i was like.. fuhhh.. rasa nak marah je bila dengar. dah la tengah bersedih, kan.. =(
cuba kalau kamera DSLR kesayangan dia yang hilang, hangin tak? Grrrrr.
Handphone & camera are two different things ok?
walaupun aku tau aku tak reti pun amek gamba (hahaha memang pun), tapi feelnya lain bila amek gamba pakai camera..

Hurm..
nak beli charger baru, tapi macam mahal je.
aku lebih rela beli monopod, berkorban amek gambar pakai henfon daripada beli charger baru. haha.




tapi masalahnye, sumer monopod kena pre-order.
takde satu pun yang jual ready-stock.
urghhh. stress mak!!!!




aritu aku ada mention pasal monopod ni dalam fesbuk, pastu ada kawan aku komen, bagitau yang Elfira Loy pun ada pakai benda ni. 
comel je dia amek gambar kan!



Kbai. sekian sesi luahan perasaan.

Friday, January 10, 2014

BACKPACKING SOUTH KOREA DAY 2 : JEJU ISLAND DAY 1

NOTE:
* I'll try to write as short as possible.
* Day 2 to Day 5 in South Korea: We were in Jeju Island for 4D3N (7-10th October).


*****


Day 2 in South Korea, we flew to Jeju Island via Eastar Jet.
Pagi-pagi buta lagi aku dah bangun - as early as 3am because.. errr i dozed off as soon as i get into our room the night before. jadi pagi-pagi kena bangun untuk mandi, solat & berkemas since the other 2 ladies dah setel packing malam sebelum tu. padan muka aku kan. huhuhu.

Anyway, we have arranged with Namsan GuestHouse to send us to Gimpo Airport. Gerak dari Namsan dalam pukul 4.30pagi camtu.




Sampai Gimpo Airport, keadaan masih gelap. ada la a few staff baru sampai, buka lampu kat airport tu. Since it was still early, kitorang take turn untuk solat. Tak sure kat sana ada prayer room ke tak, kitorang just solat kat waiting area je. selamberrrr. sibbaik tak kena halau ke apa. hehe.


Sementara menunggu.

1) Rasanya hampir kesemua barangan elektronik di Korea ni pakai jenama Samsung. sana sini sinun, Samsung di merata tempat. Bagus juga the way diorang publisitikan jenama negara sendiri.
2) Itu adalah cawan kertas. jimat kos. environmental friendly :)
3) Takde apa. just direction dalam airport.



Flight jam 6.35am. Di jangka tiba ke Jeju Island jam 7.40am.
Ada shuttle bus pick up passenger untuk ke kapal terbang. Masa nih Mzl tertinggal. dia naik shuttle bus yang kemudian. Cuak jugak masa ni, takut kalau-kalau dia tertinggal flight, tak ke naya. Almaklum lah, he'll be our driver in Jeju Island. ;)


Ok. dah sampai Jeju Island. Macam-macam gaya. I thought above couple are celebrities, but they are not. punya la poyo haku ingat bintang k-pop ke apa..T____T

A LITTLE SUMMARY OF DAY 1 IN JEJU ISLAND:

1) Pick up our Rental Car (Our BEST decision EVER!!! hihi. You NEED a car in Jeju! Jeju sangat besar ye, sangat buang masa sekiranya naik bas @ teksi. kalau takleh nak drive, sila consider untuk hire tour guide je ok? )
2) Check in YEHA Guest House (5-10 minutes drive from airport)
3) Singgah Glass Museum (tak masuk pun. cekidaut dari luar je. haha)
4) Teddy Bear Museum
5) Ripley's Believe It or Not (ni pun dok luar je)
6) Mysterious Road
7) Dongmun Market Place - shopping barang basah untuk masak (sotong, bawang, kentang, tepung, pisang, etc)
8) Dinner!








1. Rental Car in Jeju Island.

We rent a car provided by Gachitour, which is located within the airport area. We got quite affordable price (102,600KRW for 3 days!) since we made the booking during MATTA FAIR. ;)

The rental process was easy: just select whatever car of your choice from the website, you'll get a confirmation e-mail, pay through Paypal and finally: pick up your car at the airport. senang je kan kan kan? ^^,


 Driver: Mzl
Co-Driver + GPS Bergerak: Ana

Jeju Booklet tu dapat masa kat KTO (KL) rasanya.
it's really important as it has information of all places in Jeju with Phone Number of each place.
kenapa penting??
sebab.. kalau nak senang, just masukkan phone number tempat yang kita nak pergi tu dalam GPS, pastu terusss je GPS bagi direction. ko takyah nak pening-pening kepala nak faham tulisan Korea ;p


Me & She duduk belakang #likeabawse. siap tertido-tido lagi. hahaha.


2: Check In YEHA Guesthouse




YEHA ni memang sangat famous dikalangan backpackers, especially Muslim. Sebabnya, diorang ada asingkan cooking utensils untuk Muslim. Siap lock lagi kat cabinet tu! best kan? Tapi kitorang still guna sabun Taharah untuk basuh pinggan mangkuk cawan sudu garpu semua sebab tak tahu sabun diorang tu guna dari bahan apa..

Sepanjang kat Jeju Island, memang sangat puas hati denganYEHA Guesthouse. Sangat bersih. facility semua provided (Computer, Free Wi-Fi, ada laundry, etc). pastu siap ada makanan free (beras, air kotak, etc). Kitorang buat macam rumah sendiri je, main masak-masak kat situ. Ramai juga yang menegur apa yang kitorang masak, padahal cincai je. haha. 


Now, let's take a tour around Jeju Island!

1. Glass Museum. 
stop over kejap je. tak masuk pun sebab macam tak menarik..



siap ada kupon! kitorang amek, tapi tak guna pun. hewhew.


2. Teddy Bear Museum






3. Ripley's Believe It or Not Museum.
located right in front of Teddy Bear Museum.
ni pun kitorang tak masuk. lepak kat luar je. hihi~




Dua orang amoi tu mintak tolong kitorang bawakkan diorang experience jalan Mysterious Road tu.
Diorang datang naik bas. So, Mzl la yang jadi Pak Supir tolong drive kan dorang. kalau tak, memang tak merasa la.. 
Tapi boleh je lihat keunikan jalan tu dengan menggunakan botol air. tapi tak feel la kan.. sebab kalau naik kereta, memang boleh tengok enjin dimatikan, tapi kereta tetap bergerak menaiki bukit. interesting kan? =)




Fresh Seafood y'all!!!
sotong, ikan tengah berenang-renang lagi masa nih! 


Ahjumma yang sporting.
sempat lagi senyum kat camera sambil mengisar cili :)


Our dinner for that night.
kenyang perut suka hati. 
Alhamdulillah.. =)