Monday, February 25, 2008

Reflexology =)

in previous entry, saya ada mention pasal kaki ku yg saket itu kan?
so yesterday, saya & ekma telah memergikan diri kami ke Reflexology Center. memula nak g kat Times Square, tp ade la akak opis kitorang cakap kat Ampang Point ade tempat yg lagi murah. So after Magrib, off we went to Ampang Point.

sampai kat sana, kitorang pun carilah kedai Reflexology yg disuggest oleh akak tu. hmm, ade satu kedai Thai tu, mcm menarik je. taaaapi, utk sesi theraphy setengah jam, kena bayor RM30. cehh, baik g Times Square je. lagi murah,setengah jam= rm2o. memula tu mcm nak berserah je la.. sedekah je rm30 kat tempat tu sbb saya maleh nak jalan. kaki saket maaa.huhu. tapi after 2nd thought, kitorang g kat tingkat atas (x ingat floor mane..hehe), cari lagi kot2 ade kedai laen. and thank God, ade la 1 kedai urut yg quite nice. (apesal haku rasa semacam je bila sebut 'kedai urut ah? macam ala2 nak g tempat maksiat je..wakakkaka :P ) kedai tu murah je, RM35 utk 60 minit. waaah!heaven! hehe. yg klakar tu, bila ekma & me diri kat depan pintu kedai tu, sumer org yg kaki2 mereka sedang diurut toleh kat kitorang & tersenyum2. iskhhh, ni ape kes pulak diorang nih sengih2 nih? terasa cam sogan la pulak kami nak masuk..

pastu, ade la 2 org manusia nih dtg kat kitorang dari kedai laen pulak. oooh, rerupanya kedai urut tu atau dgn nama yg lebih molek 'reflexology center' tu ade lagi 1 'cawangan'. so, kitorang pun g la kedai yg lagi satu tu sbb kat situ x ramai org mcm kedai yg memula kitorang nak masuk.

memula tu, fuuuh.. berdebar2 jugak la kan sbb saya nih x baper suke diurut. dulu masa kat Bali dulu penah la g Spa. iskhh, pengalaman x dapat dilupakan sbb *censored*censored*censored* (korang agak2 ape?huahuhauhuahua) lagi satu yg buat cuak tu sbb kaki saya tu seriously saket dibahagian ibu jari kaki yg efeknye sampai ke seluruh bhgn kaki. x bolei dihentak dgn kasar. even kalau jalan mcm biasa pun, x bolei jejak. erm, rasanya mcm ade kena mengena ngan tulang.. huhu~ so, saya tersangat la takut kalau2 org tu urut kuat2. nanti haku nangeh pulak. hehe.

anyway,
sesi reflexology tu pun dimulakan. yg urut kaki saya tu org siam. tah apetah dier ckp, mmg la sepatah haram x dapat nak faham. memula die suh duduk. (dia x ckp pun, dier cuma arahkan sambil tepuk2 kerusi-so faham2 sendiri la kan..) then, dier suruh baring pulak atas kerusi tu. tapi dier x cakap la 'baring' kan.. dier suruh 'sleep' instead of menggunakan ayat 'lie/lay down' or whatever. hahahha. *iskh, x baik gelak. dosa. haku punya english pun hancus gak. 2 kali 5 je mcm lagu Ahli Fiqir tu. ngahahahha* and ooh, before dier start urut, saya tunjuk la kaki saya yg sakit tu sbb nak suh dier urut kat situ. pastu minah tu ulang2 ckp 'pain?pain?'. and i was like "yes, pain. hurt there. massage." -wakakakkaka. malu seh kalau org dengor haku ckp camtu. buduhsss skali rasanya. tapi kalau ckp laen, takut dier x paham pulak. so bantai je la. janji dier bolei paham.

masa dier urut tu, rasa cam lawak gak la. sbb dier cakap 'small.. small.. beautiful'. ahahaha. sengal. rasanya dier cam gelakkan saya sbb sy kecik. tapi xpe lah. yg penting, minah tu urut mmg best. rasa cam nak tertido pun ade gak. tapi ade jugak part2 yg membuatkan saya berkerut dahi. saket. and yes, there were a few time i giggled sbb tersangat lah geli. hehehehehehe.

lps urut kaki, dier urut badan n leher plak. hmm, ingatkan urut kaki je. konfius gak. saya x bitau pun yg saya memang ader rasa lenguh2 & sengal kat certain part of my body, tp minah tu pegang je, dier terus tau dah yg saya memang ade sengal2. sangat profesional n terer la sbb dier mcm bolei x-ray la pulak- dier trus pegang exactly kat tempat yg sengal2 tu, pastu dier tanya 'hurt?' kat tempat2 tu.terer. terer. mmg terer :P and, u know what, sangat la besh dier urut. saket gilerrrrrrr sampai rasa nak nangeh.mmg bebetul terasa urat2 yang tersimpul tu, berjaya di'lurus'kan kembali.sbb tu saket. minah tu ckp apetah dlm bahasa siam-tapi mengikut pemahaman saya, maksud dier adalah "tahan yer, sikit je lagi nih.. "*ewah2, pandai2 je haku translate bahasa siam. hahaha* erm, saya tgk ekma relax je.. mcm x saket pape pun. so, sy pun ketap bibir je la.. tahan je la dlm hati. malu la kalau org tgk kiter nangeh kan? da la sndiri gatal2 nak g ber'reflexology'. heheheh.

pastu, selesai la sessi reflexology kami selama satu jam. berbaloi. sbb rasa fresh sgt lepas tu. bangun pagi nih pun legaaa sangat. taaaaaapi, haaaaa.. kalau nak tau, dier x urut pun kat area jari yg saket tu. i mean, mmg la dier ade urut2 bagai tapinya kat area tu x baper dier sentuh. which i think it's becoz of bone fractured kot. sebab kalau berkenaan ngan urat2 yg terselirat, dah sah2 la minah tu akan urut dengan jayanya.tul tak?and i guess, i need to see a doctor soon.erm.. cuak.cuak :(

lepas keluar dari Ampang Point, Ekma bawak saya gi makan kat kedai Sup Meletup kat Cheras, area umah Fasya (x-UTP Trainee). erm, cam jauh gak la kitorang makan. my opinion, xde la meletup mana sup tu.. biasa je. not my taste kot.tapi kira okie la saya dah sampai jugak makan kat sana tu. nih yg besh kuar ngan ekma nih. dier suke try makan kat macam2 tempat. same with me. erm,kuat makan tp maintain kecik.hehehe.

balik tu, masa on the way balik umah.. terjadilah satu peristiwa bersejarah dalam hidup saya & ekma.. 1st tym dlm idup saya, keta yg saya naik terlanggar kucing. mati pulak tu. huhu. kitorang sangat terkejut dgn kejadian tersebut dan rasa sgt bersalah & berdosa. tapi kan, masalahnye, kucing tu sebnanya yg langgar kitorang. out of nowhere, tetiba kucing tu laju je lari lintas jalan-well,lintas keta kitorang to be exact. in a glimpse of eyes. kitorang x sempat nak wat pape. tau2 je telanggar. terus kitorang terdiam.memang terkejut giler la time tu.. iskhhh.. wahai kucing, maafkan la kami. kami x sengaja.. jangan la cari kitorang kat akhirat nanti. sobsob..

erm,kesimpulannya.. len kali, tengok kiri kanan dulu sebelum melintas..

sekian. macehhh