Review: Teater Sri Mersing

10:47 AM

*ayat untuk entry kali ni adalah sangat skema. so sila baca dengan serius ;p *



"Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba musafir lalu..."


Itu adalah di antara kata-kata terakhir yang diucap oleh Damak kepada Pak Malau sebelum membawa dirinya pulang ke Pahang.

ooh. saya tak pernah menonton filem Sri Mersing seumur hidup saya. saya kureng minat filem melayu klasik sebenarnya. balik-balik gaduh. balik-balik bersilat. balik-balik ada gangster kampung Dusun. bosan dowh. yang saya tonton berulang-ulang kali hanyalah cerita-cerita P.Ramlee. itupun sekadar Pendekar Bujang Lapok yang tak pernah membosankan saya. hehe. oh dan juga filem Sarjan Hassan- ini antara filem kegemaran saya kerana berunsurkan sejarah. *saya peminat sejarah. harap maklum.*



Tapi malam tadi saya berpeluang menonton Teater Sri Mersing yang diadaptasi dari filem Melayu klasik : Sri Mersing. My point of view (eh apesal tetiba cakap oramputih lak ni?? haha )

  1. Mula-mula tu macam tak berapa best. tapi semakin interesting terutamanya bermula di pertengahan cerita.


  2. Props agak menarik. simple. but nice. pelakon adalah sangat dekat gila dengan penonton. ye lah, sebelum nih asyik tengok muzikal. depan stage biasanya tempat orkestra. this time around takde orkestra. so depan tu di buat sungai dan batas. sangat interesting! *i was seated in the 5th row from the stage. rasa macam nak capai je tangan pelakon2 tu. batak sungguh la haku nih. haha. *


  3. Benci gila ar dengan jalan cerita tu sebenarnya. sakit hati bila orang perempuan tak berhak untuk bersuara. huh. Penat nak tunggu si Sri tu bersuara. Dan penat nak tunggu Pak Malau tu diam. rasa macam nak je jerit "wei shut up lah! bagi lah chance anak ko cakap!"


  4. Sakit hati juga dengan perangai si samseng-samseng kampung tu. rasa nak lempang je sekor-sekor. geram gila!


  5. Walau apapun, seronok sangat tengok sebab pelakon-pelakon teater nih semua pandai menjiwai watak, terutamanya pelakon-pelakon kecil / watak tambahan/ sampingan. lagi seronok tengok watak-watak sampingan sebab diorang la yang memantapkan teater ni :)


  6. Melissa Saila adalah sangat kurus! dia berlakon watak jahat. sangat menjadi, ok. emm.. teringat masa dia berlakon Teater P.Ramlee... terngiang-ngiang lagi suara dia menjerit-jerit.. huhu.


  7. Elly Mazlein sangat sesuai melakonkan watak sedih. Muka kesian.


  8. Cerita ni mengisahkan 2 generasi yang berbeza. Generasi Damak, Sri=Generasi Tak Pakai Baju. Generasi Merah, Melati=Generasi Bersopan. haha.


  9. Damak tak pakai baju. jadi saya asyik usha badan dia. haha. no. i tak minat usha badan lelaki tau. malu. (^__^#) Tapi badan Damak tu macam sangat pelik dan abs dia tu nampak macam tak real. macam lukis pun ada. hmm, mungkin saya rasa pelik sebab dia ada boobs kot. ngahahaha.


  10. Kesian betul dengan Damak sebab jadi mangsa fitnah. bodoh betul Pak Malau sebab tak nak dengar cakap Sri. kalau saya jadi Damak pun, saya akan sangat berkecil hati. Damak, kenapalah ko tak bawa Sri ikut ko pergi Pahang ek..?ko merajuk dengan bapak Sri je kot.. adoyai.


  11. i expect audience bertepuk tangan apabila munculnya Datin Rosnani Jamil & Datuk Mustapha Maarof, tapi takde sorang pun tepuk :(


  12. Indahnya bahasa kiasan.. tapi sayangnya madah-madah pantun dan bahasa kiasan agak kurang digunakan. maka, sedikit frust di situ :(


  13. Scene favourite:
  • Semasa Merah bersilat dengan Tempayan. eh i mean, Bentayan. hehe.


  • Semasa majlis perkahwinan Seri & Awang. sebab seronok tengok zapin + ghazal sampai tak perasan dengan apa dah jadi dengan Sri. *yer.. saya memang suka tarian zapin sejak dulu lagi. tambah2 lagi sebab dulu study kat UTM Skudai. asal ada event je, kitorang invite zapin buat performance. hee*


  • Rasa agak kelakar seram bila ada scene tarian dari hutan Amazon. haha. ok. bukan amazon. tapi tarian orang asli. seram sebab scene tu macam ala-ala mistik gitu. huhu~


  • Scene yang paaaaaling saya suka: masa ada petir, kilat, guruh. pokok tumbang. fuhhh. saya siap pandang atas bumbung Panggung Sari sebab rasa macam betul-betul ada kilat. haha. sengal jugak saya nih kadang-kadang.ngee. tapi scene nih kira klimaks la. memang best sebab ...ok saya tak mahu bagitau sebab nanti tak surprise pula kepada anda-anda yang belum menonton..


  • Ada lagi tapi tak ingat. korang tengok lah sendiri ya. heh.

ok babai. nak tido. esok kije. huhu~

info:
TEATER SRI MERSING dipentaskan di Istana Budaya dari 12 Mac hingga 21 Mac 2010.

Harga tiket RM150, RM120, RM80, RM50, RM30, RM20.

Booking tiket : www.ticket2u.biz.


* ramai juga celebrity yang tengok teater nih malam tadi (16-March-2010)..

You Might Also Like

5 comments

Like us on Facebook

Flickr Images