.. 2 Syawal 1431H **picture update!**

7:05 PM

** scroll down for pictures**

hari kedua Syawal,
kami masih di rumah.
as usual, our house will be the center of attention during Eid.
relatives keep swarming our home- sampai kitorang sendiri pun tak sempat nak keluar rumah.
makan pun tak sempat..
T__T

bayangkan, ketupat habis.. nasi himpit habis.. pastu buat mee goreng basah pulak.. pun habis.. 2, 3 kali juga la my mum masak mee.. sampai langsung takde. last-last buat nasi goreng pulak. pun sold out.
yang sedih, saya sendiri tak sempat nak rasa.
huwaaa!

tahun ni, hari kedua raya lagiii super busy compared to first day of raya.
tak sempat nak rest kot.
prolly sebab first day tu jatuh hari Jumaat.
so lambat le sikit orang datang sebab nak solat Jumaat.

tapi malam tadi almost 11pm, baru la sempat pergi rumah our late Uncle.
tu pun terlambat sehari.
normally, kitorang will be visiting Makc. Mun (late Uncle's Wife) on first day of Raya.
tapi sebab people tak putus-putus datang rumah, maka hari kedua laa baru sempat pergi.

kitorang suka pergi rumah Makc.Mun sebab dia masak sedapppppp gila~!
kalau first day raya, macam-macam ada!
tu yang quite frustrated bila tak sempat pergi rumah dia.
don't get me wrong.
my mom pun masak sedap. sebab tu la rumah memanjanggggg je ada orang datang.
but heck, even my mom pun sibuk-sibuk nak pergi rumah Makc. Mun sebab nak makan.
haha.

Makc. Mun punya air tangan nih special sikit.
semua kaum suka masakan dia.
dan maybe sebab dia sendiri pun suka masak, dari saya kecik sampai la skang, Makc. Mun ada kedai makan.
malam tadi kitorang sampai rumah dia pun dah agak lewat.
nasib baik ada nasi lagi.
saya.lapar.nasi.yang.teramat.sangat!
walaupun yang ada, dah tinggal lauk-lauk yang simple,
saya tetap 2 kali tambah nasi!
time kaseh Makc. Mun!
ailebiu!
hehe.


i'll update the picture later.
gambar belum transfer lagi. huhu~




the PB's clan~


tiba-tiba Abg Shm came to me and asked;
"apa password?"

and i was like;
"haaa?password?"

and then i looked at that thing on his hand..

ooooo.. oookay fine..
rupa-rupaya tanya password wifi rumah kitorang for his..

...



...



....


iPad!
oke fine.

finally dapat juga kulihat dan ku cubatrytest sendiri iPad nih lepas melihat di dalam fesbuk beliau borong ntah berapa iPad ntah untuk family beliau. ku tumpang guna sajeee. hihi.


the genius.
sape nak duit raya kena jawab soalan sifir ni;
"156x348 berapa?"

haha. macam tak nak bagi duet raya je kan? ;p

both of these girls are cousins.
~sara & baby zara~

the Seremban's clan sampai.
dan sessi gossip girl xoxo pun bermula ;p

the Kuala Pilah's clan~


me sangat obsess dengan hijab pink itu.
dah 2 hari berturut-turut pakai.
ngeee~


asif. mummy. daddy
:)

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images