i hate you i hate you i hate you

7:38 AM

haaa..

1) entry penuh kemarahan.

elok je lepas aku publish entry ni, tiba-tiba je i got a message from my boss - suh datang office.
hmm. so much for a 'me-time' huh?

aku tak boleh la nak cakap lebih-lebih pasal kerja kat sini. cuma satu je :-

aku benganggggggg gilaaaaaaaaaa yang amatttttt sangattttt la tadi. like seriously! aku dapat request yang sumpah sangat ridiculous, stupid and outrageous. kalau la aku bagitau kat sini, mesti orang-orang IT akan gelak dan kata "apa la 'bijak' sangat si Toot tu?"

ye la. mana taknya.. secara analoginya, aku disuruh buang iPhone 4 kerana 'orang tu' kata Nokia 3310 adalah lagi hebat. Oleh itu, semua orang perlu guna Nokia 3310 mulai sekarang.

atau (contoh)

aku disuruh buang lagu Justin Bieber (haha apa kaitan? ;p) kerana 'orang tu' kata lagu 'U Can't Touch This (MC Hammer)' adalah lagi 'in' dibandingkan dengan lagu-lagu sekarang. Bruno Mars what?Timbaland who? Paramore wth is that?no no no. MC hammer is so much cooler! (euuwww! lagu tu cool masa aku darjah 2 je, ok? darjah 2 aku hafal lagu tu. haha)

Fine. aku tahu korang tak faham apa yang aku cakapkan nih.
takpe. biar aku sorang je yang faham.

haiihhh..
malas la nak cakap banyak. yang pastinya esok aku akan ke opis lagi :(


2) Mari Bersenam
:

Sepatutnya aku kena stayback sampai siap. tapi sebab aku sampai opis pun dah pukul 2 petang.. mood pun dah takde sebab dah lewat sangat, maka petang tadi sebelum pukul 6pm aku dah keluar.. siap changed to sport attire. t-shirt, track suit and my Adidas Predator (or is it Predito?). yer, kasut futsal.. tapi bukan lah untuk berfutsal akan tetapi ianya adalah untuk berjogging. haha. aku takde sport shoes lain la. so pakai je la apa yang ada. huahuahua :D

Destination : Tasik Titiwangsa sebab aku stress sangat.
i need to get out and release tension. dah la lately dahi aku asyik berkerut je.
so i thought a jogging might do some help.


jogging adalah best untuk meredakan tekanan. tapi memandangkan aku dah berzaman tak jog, maka tadi aku jog beberapa saat je. pastu aku jalan. Tapi jalan non-stop, okay. dah la jalan je, pastu siap berenti makan ais-krim. haaha.. bagus sangat la tu kannnn ;p




tapi, yang pastinya.. bersiar-siar di Tasik Titiwangsa adalah sangat best! cuaca baik sangat-sangat. angin pun terbaikkkk. tak panas. just nice. i loikeee! dari zaman study, bila aku stress atau aku sedih.. aku suka jogging atau jalan-jalan dekat area tasik. time kat utm, tempat favorite aku adalah Balai Cerap. it's a hill.. surrounded by hutan. bila petang-petang rasa nyaman sangat-sangat. tenang dan mendamaikan :)

3) Tutti Fruity

Seriously i don't get it. just after Marion Caunter bagitau pasal Tutti Fruity, suddenly all people pun start follow the trend, kecoh dok pergi makan Tutti Fruity. mahal kot Tutti Fruity tu!~ haiih, rakyat Malaysia ni kaya raya macam the Naza Family la kot, tu pasal semua orang pun tak kisah. except me. i don't do things just because everyone else is doing it. apa lagi bila yang start the trend is artis or public figure yang memang sah-sah la kaya raya. aku mana la mampu nak follow dorang.. berbelanja ikut kemampuan la kan.. huhu.

HOWEVER.

ahem.

today is the first time i got to eat Tutti Fruity; because i went with a Tutti Fruity Addict. tiba-tiba je seorang TF Addict ajak pergi makan Tutti Fruity sebab 'tekak gatal nak makan frozen yogurt Tutti Fruity'.

hmm. ini la jadinya bila kuar dengan high-end people :p
maka kami pun menyinggahkan diri di Tutti Fruity Wangsa Walk.



aku memula macam segan la nak masuk sebab al-maklum lah.. baru balik jogging.. kitorang dengan seluar track nye.. t-shirt buruk nye.. flip-flop nye.. while other people yang datang semua stok yang bermekap bagai. heavy mekap pulak tu. foundation je dah 8 inci. aku tak paham betul la. muka huduh sangat ke sampai nak mekap-mekap sangat nih? kesiannnnye.

haha. ayat mintak kena lempang kan. kehkeh. untuk sedapkan hati sesape yang terasa, aku sebenarnya jeles sebab aku tak reti mekap. hahahaha. lagi kesian. hehehe~ but imho, i think make-up should only be worn in special occasion/event. kalau setakat nak keluar pergi mall, alahai.. just nice kalau you put on light make-up je. nampak suci je muka tu.. :)

anyway, back to the Tutti Fruity-
okayyyyyyy... hands down.
Tutti Fruity adalah sangat yummy!!
seriously.. aku sangat suka yang Raspberry Strawberry and apetah lagi satu nama tu. dah lupa pulak. huhu. and another one yang best: Original TP.




lagi satu yang buat lagi best, is their interior design.
melepak di sofa sambil baca HOT magazine sambil tengok MTV memang heaven.
duduk kat area atas tu buatkan diri somehow terasa macam VIP pulak.

tatau la pasal apa.

mungkin kerana combination Red and White yang sememangnya stunning.
the ambience is quite cozy, sampai rasa macam tak nak bangun daripada sofa tu. over kan? haha.
kalau ikutkan hati, nak tambah lagi ice cream, tapi sebab kaki aku pun dah sakit & sengal-sengal due to the evening jog, maka ku cancel je la niat tersebut.

Kesimpulannya:
Jogging + Tutti Fruity memang awesome!
stress pun hilang kejap. rasa enjoy je.
lain kali kena la pergi lagi.

sekian. wassalam,
(^__-)v


You Might Also Like

6 comments

Like us on Facebook

Flickr Images