iman *updated*

3:07 AM


Aku suka betul setiap kali Ustaz Zahazan keluar kat tv. selalunya kat MHI TV3. aku suka sebab tutur kata Ustaz Zahazan ni lembut. not that kind of lembut, mind you. aku pun tak tau macam mana nak explain. yang aku tau, aku suka :)

pagi tadi beliau promote buku baru: Hadis 40. memang dah banyak kot kat pasaran, tapi yang ni lain sikit, sebab ada illustration. ingat lunch tadi nak pergi tengok dekat MPH, tapi entah cemana tah kaki terpesong pergi ke Ampang Park pulak. dah tershopping benda lain. huhu. keji tul setan ni. takpe. siap kau. kejap lagi aku nak pi check buku ni dah ada ke belum dekat MPH. =p



anyway, pagi tadi Wardina ada tanya Ustaz Zahazan mengenai 'iman'. macam mana nak tambah iman.. macam mana nak bertaubat dari dosa-dosa (wardina cakap dia banyak dosa. cian dia. mesti dia rasa bersalah dan berdosa pasal zaman dolu-dolu. huhu. aku suka Wardina dari zaman Dewi Remaja sampai sekarang, okay. hee. )

pastu Ustaz cakap kita manusia ni kena la sentiasa bertaubat.. berzikir.. amalkan doa-doa.. etc . doa apa.? Err.. Maaflah ye, aku tak sempat nak dengar habis kuliyah tadi sebab nak cepat pergi office. huhu)

So, aku pun google pasal KEMANISAN IMAN.





Sabda Rasulullah SAW.:


"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran(maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka".


(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)






haaiiihhh..
lemahnya la iman aku nih..
*nanges*

**updated**
tadi pergi MPH, tapi beli buku lain sebab tak jumpa buku Hadis 40 tu.
i asked the salesgirl pasal buku tu.
pastu dia kata "tadi tinggal duua. tapi dua-dua dah ada orang beli."
pehh.. cepatnya sold out!
mesti pagi tadi dorang tengok MHI + peminat Ustaz Zahazan jugak, kan? hehe.

You Might Also Like

3 comments

Like us on Facebook

Flickr Images