kawen

7:29 AM

at my age, most of kawan-kawan aku semua dah kahwin dan dah ada anak.
ada yang dah ada dua, tiga anak dah.

dan bila ramai yang dah kawen, pelbagai cerita yang aku dengar.
bercerita pasal kahwin, ada yang indah.
ada yang.. urm... indah khabar dari rupa.

aku ada rakan sebaya yang dah kahwin, ada anak, lepastu bercerai.
aku ada teman yang sebaya, ada anak, bercerai dan dah kahwin lain dah pun.
ada yang setiap hari datang ofis menangis sebab tak tahan duduk dengan mertua. setiap hari, ada je isu..

harini, salah sorang kawan baik aku call, menangis disebabkan husband yang ambil endah tak endah pasal diri dia dan baby dorang.

aku tatau nak cakap apa.. nak komen apa.. nak bagi nasihat yang macam mana..
because i'm not married.
i have zero knowledge about marriage.

orang kata aku memilih.
ooii. of course lah aku memilih.
especially bila dengar cerita-cerita 'ngeri' macam ni.
siap keluar paper lagi semalam kan?
iskh.. seram, okayyyy.


dari apa yang aku nampak,
banyak marriage problems ni datang kalau:
husband & wife berjauhan / weekend husband/weekend wife.
i know.. and i do understand.. zaman sekarang nih, it's all about the money.
sanggup tinggalkan family, outstation.. ada yang kerja oversea balik setahun 2 kali demi mencari rezeki.
aku tak kata tu salah.. cause that's how i've been raised, by the way.

tak kisahlah, weekend husband/wife ke..atau memang living together hari-hari ke..
the most imporant thing is: COMMUNICATION.

kerja, kerja juga. tapi kena la pay attention pada family.
kalau dah jauh tu, selalu2 lah call ke..sms ke..
hello, ini tahun 2011.
zaman wi-fi. zaman broadband. zaman 3G. zaman blackberry. zaman iphone.
there are so many ways of communication.
KAU TAKDE ALASAN LANGSUNG untuk tak contact wife/anak.. tau tak..??!
*emo pulak aku. huhu*

susah nak balik? helloooooooooo!
have u ever heard of Air Asia?Fire Fly??
atau kalau mahal sangat.. bas express kan ada.. train pun ada..
seeeeee.. again, KAU TAKDE ALASAN untuk tak balik jenguk anak dan isteri.
apa lagi kalau anak kau masih baby lagi.. :(

kalau ada problem, tolonglah work it out.
bincang elok-elok.. selesaikan.
jangan dibiarkan lama-lama.

aku bukan apa,
aku tulis nih sebab risau banyak sangat kes cerai muda sekarang ni.
dan apa yang aku tulis nih pun, based on experience kawan-kawan.
kesian tau kat anak-anak yang kecil lagi.
umur baru setahun, parents dah bercerai.
umur 2 tahun, dah dapat Papa @ Mama baru. lepastu confuse kenapa kejap kena balik rumah Mama, kejap lagi kena balik rumah Papa.
kesian weiiiii..




lemme tell you about myself.

My dad used to travel all around Malaysia when i was a kid. it's because of his job.
For 12 years, aku & adik2 (and mum) get to see Ayah once every 2 weeks, sometimes 3 weeks.

kalau Ayah balik, aku and Angah akan berebut-rebut ikut Ayah pergi pasar (walaupun aku tak suka dan tak tahan bau ikan. ha ha). selalunya bergilir-gilir lah. kalau last month Angah, this month Along pulak.. and vice versa.
Ayah takkan bawa dua-dua pergi sebab leceh la kan bawak budak-budak kecik.. nanti lari sana-sini. sape nak kejor..?
sibbaik masa tu adik aku yang lagi 2 orang tu kecik lagi, so dorang tak termasuk dalam senarai. haha.

masa aku darjah 6 , kitorang pindah Melaka and Ayah masih belum transfer lagi.
when i was 13, Ayah dah fulltime kat Melaka. tapi masa tu aku dah masuk asrama.

so that's the thing. aku tak rapat dengan Ayah. honestly, aku tatau langsung macam mana nak communicate dengan Ayah. growing up, i always feel like he's a stranger to me.

there was one time, masa aku tadika, i took part in a school play. kena menari (Ala Payung). majlis tu kat dewan. i went there with my mum. Ayah takde,outstation. so bila time aku perform, bukan main suka lagi aku (sebab aku memang sangat suka menari). masa tetengah menari tu, tetiba aku ternampak Ayah. oh maii gucciiii, aku terkejut gila, terus gabra sebab takut tersalah step. haha.

and then..there were times masa sekolah rendah, tiap-tiap tahun aku amek hadiah, tiap-tiap tahun juga aku wonder whether he will make it to the Hari Penyampaian Hadiah. (he usually came)

dan yang paling aku sedih.. pernah sekali aku bergaduh dengan kawan aku, sebab dia ejek-ejek cakap mama MJ (definitely not Michael Jackson) because my Dad wasn't around... :(

so based on my experience, yes. i have to admit, aku sangat memilih.
if i'm given a choice, i won't marry someone yang nature kerja dia requires him to travel a lot. unless kalau dia pergi travel, dia boleh bawak aku ikut sekali, especially kalau ke EUROPE (hihi) maka itu adalah dialu-alukan. heheheeh.

lagipun, pada aku..
what's the point of kawen kalau kena duduk jauh-jauh?
kalau aku kena duduk sorang-sorang?
kalau aku kena jadi single-parent?

Dulu, pernah sekali masa di Kuantan, rumah kitorang dimasuki pencuri.
bayangkan, masa tu my mum was ALONE with 4 little daughters.
nasib baik takde apa-apa berlaku, BUT then again, what if something happened?
at least mama boleh jugak jerit "Pencuri! Pencuri!"
- kalau aku la.. iskh... aku taklei imagine. dah la aku nih penakut. kuat menangis. cepat lemah lutut kalau takut. huish. Nauzubillah.

Dulu, situasinya berbeza. our neighbourhood bagus. rumah dekat-dekat. jiran-jiran semua rapat macam saudara-mara. so eventhough masa tu Ayah aku takde kat rumah, kitorang ada jiran untuk minta tolong kalau ada apa2 berlaku. in fact, selalunya ada anak-anak jiran yang tidur kat rumah kitorang, temankan Mama & us.

zaman sekarang ada ke yang macam tu? hmm.. entah-entah, nama jiran sebelah rumah pun tatau kot..

You Might Also Like

3 comments

Like us on Facebook

Flickr Images