Belasungkawa.. Wan

6:13 PM

Wan KAB..
gelaran yang diberi kepada Khairul Izwan..

Seorang teman yang periang.. dan kelakar..

Wan adalah coursemate aku masa di universiti. tapi kalau nak tau, aku kenal dia bukannya di fakulti, tapi masa kitorang join program Kayak Kuala Kedah-Pulau Payar-Pulau Langkawi tahun 2003.

aku tak rapat dengan kawan sefakulti. tak tau la kenapa, aku tak boleh blah dengan coursemate sendiri. aku lebih suka berkawan dengan student engineering..which is why kawan2 aku kebanyakkannya adalah engineer. aku selalu rasa budak Sci Comp poyo... control lawa..bajet hensem. pendiam.. tak best.. blablabla.. aku pun tatau kenapa aku pikir camtu.hehe.

so bila aku tau Wan adalah student Sci Comp, aku agak terkejut jugak la.. sebab tak sangka ada coursemate aku yang aktif dan suka dengan outdoor activities. not a typical computer freak @ nerd.

Pada aku, Wan adalah seorang adik. walaupun dia hanya muda setahun daripada aku, sebaya dengan CB (CB=Cheating Bastard= ex-BF. haha) In fact, aku sendiri pernah cakap dengan Wan, "kau nih Wan, perangai sebijik macam adik aku yang bongsu tauuu. kau jadi adik aku je la ehh.."(masa tu Haziq baru 2 tahun) Mungkin sebab dalam adik-beradik, Wan seorang je lelaki, so memang jadi kesayangan adik beradik dia yang lain. so bila dengan aku, somehow otomatik aku rasa macam aku nih kakak dia, maybe sebab aku sendiri ada 6 orang adik..

masa kitorang dekat Langkawi, dia rapat dengan CB. diorang ada team, namanya => Team Orang Kacak. cehh. poyo. haha. tapi sesapa yang kenal Wan, memang tau dia memang suka kata diri dia kacak. .dan comel =p aku pulak selalu kata diorang nih perasan je lebih. hehe.

oh by the way, kayak aku & Wan adalah kayak yang pertama sampai ke Langkawi. Wan double dengan Yan. aku double dengan err... sapetah. tak ingat. hehe. keji siot lupa nama partner sendiri. disebabkan kitorang sampai awal, cameraman suruh kitorang masuk laut balik dan buat lakonan semula.. so kitorang berempat pun berlakon laaaa bersusah payah berkayak ke daratan.. haha. tahapehapetah.

aku nih jenis suka bergambar..maklum lah, first time sampai Langkawi. habis semua sudut nak amek gambar. dan disebabkan kesukaan aku bergambar nih, orang lain semua pun sama terjangkit jadi camera freak jugak. yang aku hangin tu, kat mana aku amek gambar, mesti ada Team Orang Kacak menyibuk. yang sorang tu, obviously la masa tu aku suka kannnnn.. yang si Wan nih pulak, bebetul buat aku geram. tapi sebab dia selalu buat muka comel and like i said, he was just like my little brother, maka aku abaikan je la.. redha je la gambar ada muka dorang..

kesimpulannya, dari Langkawi la aku kenal dengan Wan..
Wan budak Scout. aku SRM. Scoutdengan SRM ni macam adik beradik. so, sangatlah selalu join program bersama. tapi kalau tader program pun, kitorang selalu je hangout sama-sama ramai-ramai.

Danga Bay la.. Stulang la.. Anjung Warisan la.. makan bubur dekat manatah (tak ingat nama tempat tu. tapi femes dengan bubur. aku tak makan bubur, btw) Masa tu, kawan aku, A minat Wan (tapi Wan tak layan pun). aku lak, admire kawan Wan. hehehe. gataiii. kawan Wan tu, sebaya dengan aku. ;) tapi kesian kat aku, pasal kawan Wan tu jarang join kitorang. aku rasa, ada sekali je kot kitorang (kawan Wan) hangout sama-sama.. masa tu kitorang keluar lewat sangat sampai dah tak boleh masuk kampus. pastu terpaksa merempat kat ProJet (masa tu McD 24 hours takde lagi kat belakang kampus) sampai kul 5 pagi. mengong tul. punah la harapan aku sebab mamat yang aku admire tu budak baik. macam alim-alim sket.. tapi kelakar sengal. sebab tu aku admire dia. tapi minat senyap-senyap je. orang lain tatau pun (kecuali CP & Y). hehe

aku dengan Wan kamceng masa dekat Universiti je.. i mean, time ada program @ event je. bila memasing dah grad, dah keje..kitorang tak contact pun. setakat hi hi bye bye dalam friendster (then) and facebook je la. jumpa pun, kalau ada reunion. last jumpa masa kitorang piknik dekat Sungai Gabai. sebelum tu, masa kat Pulau Tioman.

masa dia kawen, aku nak pegi reception sebelah wife dia (Sarah), tapi clash pulak dengan kenduri kazen aku (eh, ke kenduri kawan aku kat melaka..?ntah. tak ingat. tapi memang clash dengan wedding lain) so, tak dapat la aku attend kenduri kawen dia. nak pegi sebelah family dia? hello.. Baling jauh kotttt~

Wan.. aku mintak maaf sangat sebab tak sempat pergi kenduri kahwin kau..
Kau dan Sarah sama cantik, sama padan. like a match made from heaven..



********************************************************

Aritu, masa kat Vietnam.. first day kat Hanoi, Mozal bagitau yang Wan di diagnose Lung Cancer, stage IV. aku terkejut sangat masa tu. he's too young.. anak dia pun kecik lagi.. baru setahun. masa tu aku fikir, maybe doktor silap kot. atau maybe dorang (kawan2) ni salah dengar info kot. aku positif, yang kawan2 salah bagi info. so aku pun tralalallala berbahagia berjalan ke sana ke sini, tak ingat pun ada kawan tengah sakit. what a bad person i am. huhu~

arini.. 25 April 2011,
aku dapat MC 2 hari sebab sakit mata.. and headache (due to the eye sore).
masa sampai rumah tengah hari tadi,
L called, ajak pegi tengk Wan.
aku kata, aku nak pegi tengok esok je la.. sebab aku sakit mata. harap-harap, esok sakit mata nih surut, boleh la aku tengok Wan.
pastu L kata, Wan dekat ICU, dah kritikal.
so apa lagi, without further thinking, aku terus pakai balik baju pegi ofis tadi, tunggu L datang amek kat rumah.

kitorang sampai HUKM kul 2 petang.
sampai kat ICU, aku nampak 2,3 orang budak2 Kelana yang aku kenal.
semua muka sedih.. dan aku start rasa nervous.. tak sedap hati..

Aku tak pernah jumpa wife Wan (Sarah) lagi, so aku cakap dengan L, kalau nampak Sarah, bagitau..
by the time i said that, a woman in a black jubah came to us, and hugged L.
rupa2nya itu lah Sarah.
L kata, she's almost can't recognized Sarah sebab Sarah dah kurus sangat.. dah cengkung sangat..

terus aku rasa sebak..
Sarah tinggalkan kitorang, dan amek anak dia. i heard she said to her daughter "nak jumpa Babah tak..?"
huwaa.. sikit lagi aku nak nanges..
kesiannya Sarah.. kesiannya baby dia..
she's so young.. they both are too young for this..
:(


aku dengan L dapat masuk ICU jam 2.30pm.
Wan dah tak boleh bagi apa2 respon lagi dah.
masa tu, family dia ada dikeliling katil Wan, masing2 bacakan Yaasin dan dua kalimah shahadah untuk Wan..
aku tengok Sarah.. nampak dia agak kuat dalam sedih.
dah kering agaknya air mata dia..
atau mungkin cuma menyembunyikan keperitan di hati demi anak diorang yang masih kecil.
sedangkan aku yang cuma kawan ni pun dah rasa sedih, aku tak dapat nak bayangkan apa yang Sarah rasa.
pastinya lagi perit..pastinya lagi pedih..
Ya ALLAH, berilah kekuatan kepada Maisarah..

aku frust.. sebab aku tak bolei bacakan Yaasin.. :(
aku cuma boleh sedekah doa dari dalam hati je..
dan aku sedih..
sebab tak boleh mintak maaf, kalau ada apa2 salah dan silap kat Wan.. mana tau kot2 ada terngumpat ke .. termakan terminum ke.. aku nak mintak dihalalkan..

kul 3 petang, L and I keluar dari hospital.
kul 4 lebih, aku dapat sms.. Wan dah meninggal dunia.

innalillahiwainnailaihirojiun..
dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali.

sesungguhnya, ajal datang, tak kira tua atau muda.
seperti yang termaktub dalam Luh Mohfuz,
bila sampai masa kita,akan pergi jua.

ALLAH lebih sayangkan Wan, lebih dari family dia..lebih dari rakan-rakan yang lain.
Wan tak pernah ada salah dengan aku,
jadi aku harap antara dia dengan aku = kosong.
semoga dilapangkan jalan Wan..
Semoga Wan tenang dan aman di sana.
Ya ALLAH,
limpahkan lah rahmatMu ke atas roh Khairul Izwan Mohd Hazam..

untuk Sarah dan family,
semoga Sarah dan family kuat hadapi dugaan yang amat hebat ini..
ALLAH loves him more.
i believe he's a good husband to you.. and a good father to your daughter..
insyaALLAH, semoga dia ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Al-Fatihah.



Trip to Pulau Perhentian, 2007

ps:
i'll put Allahyarham's picture in here, someday.
laptop aku crash, so tak dapat la nak letak gambar kat sini..



:: entry ditulis pada 25 April 2011 ::
:: edited on 26April 2011 ::

You Might Also Like

3 comments

Like us on Facebook

Flickr Images