Saturday, May 28, 2011

.Nur Kasih. Paul. Super Junior @ Perhimpunan Sejuta Belia. *updated*

harini pagi-pagi lagi dah pergi Pavilion untuk menonton Nur Kasih. tujuan utama tengok Nur Kasih semata-mata nak tengok view Jordan dan juga  sebab aku peminat Khabir Bhatia. Dari segi cerita, hmm.. ada part sedih, tapi cam biasa la..hati aku kan keras, so takde lah aku nak menangis sedu-sedan tengok movie nih. bila sedih je, aku 'tahan' hati dari menangis. tapi honestly, masa part Aidil menangis masa teringatkan Leya tu memang aku sangat sedih. hampir jatuh air mata. so aku cepat-cepat minum air-> divert mind supaya tak sedih. haha.tahapehape.

tapi last-last aku kalah juga. bergenang air mata masa Adam minta maaf kat mak dia. masa mak dia cakap setiap kali anak dia buat salah, dia akan maafkan masa tu juga. "tu tugas mak. mak tak mahu anak-anak mak jadi anak derhaka. mak nak anak2 mak senang hidup dunia dan akhirat". okay, maybe salah kot dialog tu. tapi lebih kurang macam tu la. memang aku nangis la time tu. sedihnya...

overall, aku bagi movie ni 3 bintang (daripada 5).

btw, aku agree dengan nn, aku ingatkan, cerita ni sama macam The Notebook. tapi rupanya tak. cuma ada sikit je persamaan.

masa on the way turun, ternampak pula event kat bawah ni:

 JUSTICE LEAGUE LIVE SHOW

 

School’s Out, Adventure’s In @ Pavilion, Bukit Bintang~


later, petang tu somehow  aku end up ada di Cineleisure, tengok cerita Paul pulak. okay la kot nak buat gelak. to me, lawak dia biasa  je.jalan cerita- sangat stereotaip.  yang buat movie ni kelakar adalah sebab watak Paul si Alien tu. Alien yang sempoi dan mempunyai suara yang macho tetapi sengal. haha.  "sometimes, you just have to roll the dice" - tagline Paul. budak-budak tak sesuai tengok movie ni sebab too much swearing & cursing. hmm.

malam pula - pergi Putrajaya sebab:
1. visit Abang yang jadi volunteer Pengakap untuk Perhimpunan Sejuta Belia @ Putrajaya.
2. nak tengok Super Junior M perform. free kot, tak kan lah tak pergi kan? honestly, memang i felt like totally out of place masa tengok Suju M tu. rasa macam tak boleh blend with the crowd sebab aku tengok mostly semua budak-budak belaka. segan pulak rasa masa berada kat area concert free tu. haha.

aku bukan lah minat gila vavi dekat Suju tu. tambah-tambah lagi Suju M. mungkin sebab takde Siwon.. takde Donghae.. aku admit la, aku suka lagu-lagu diorang dan dance move diorang. nasib baik malam tadi ada Lee Teuk & Eun Hyuk. ngeee.

but seriously, lepas ni memang aku tak teringin nak pergi tempat2 macam ni. aku jenis yang rimas bila berada di crowded place. dan aku rimas dengar orang terjerit-jerit sana sini. ooh. i feel so rambut beruban when i was there. like seriously. the girls (and the guys too!) kept cheering and shouting their fav Suju's member name.  lepas tu bila Suju hug some of the lucky fans, aweks belasan tahun kat belakang aku semua menjerit frust! hahaha. seronok betul tengok reaction dorang. buat aku geleng kepala pun iya jugak. haaih. belia harapan bangsa.. *sigh*
 seorang makcik yang sesat ;p

 ni masa mula-mula sampai.
tengok daripada belakang stage je..
macam tak sanggup je nak menempuah 'lautan manusia' kat depan tu.
x__x

 







 okay. okay.
you can stop screaming now ;p




*maaf ye, gambar bersepah-sepah. leceh la adjust gambar pakai blogger baru nih. huhu~*

tapi sempat juga aku terpikir, kalau la aku were one of the lucky fan, bila host tu tanya "Do you want him to hug you?", aku nak jawab apa ehh..? sah sah la tak boleh kan.. tapi.. what if Siwon yang nak hug, cemana ek? fuh. susah betul nak jawab soalan ni. lagi susah daripada jawab soalan Kalkulus. kuakuakuakua ;)

lepas dah habis tengok Suju, aku sempat pergi area Art Street sebab terdengar love band tengah perform jazz. ooh i'm in love with one of the performing group. tak sure nama group tu apa. tapi memang awesomeeee!




lepas group tu, ada sorang mamat ni play guitar pula. pun best juga!! i've already on my way out from that street, tapi i turned around when i heard he played 'Tunggu Sekejap' - one of my favourite P. Ramlee's song!! boleh pulak aku pusing balik semata-mata nak dengar mamat tu petik gitar lagu tu. hee.

aku suka jazz. dan aku suka live band. dan aku sangat-sangat suka orkestra.
haaaa.. masa ni la baru aku rasa seperti berada di 'jalan yang benar' - bukan seperti masa di area concert Suju tadi. yang itu memang buat aku terasa macam di Twilight Zone. huhuhuhu~

btw, tadi sempat juga tengok photography exhibition.
i fall in love with one of the photographer's art work. lovely pictures, me loikeeee! ^_^



disebabkan da lewat, aku takde la tunggu event sampai habis.
it's time to pergi cari Abang pulak & sebagai Along yang mithali (ha ha), aku bawak la dia pergi makan.




ok tu je. bye~
insyaAllah, i'll upload the pictures later, k.
mengantuk dah ni.
tomorrow is another big day.

nite nite all~ :)

3 comments :

nn said...

aaa. selalu teringin nak pergi tempat-tempat crowded macam tu but i'll end up spending 20 minutes there lepas tu belah je. rimas and nak muntah ramai sangat orang!

fotolumayan said...

sonoknyerr uoolss.. maner gambonyer.. ehehe

Gil Ra Im said...

nn: tu la pasal. serabut rasa bila pergi tempat macam tu.tengok kat tv kat rumah lagi best. hehe.

fotolumayan: nanti baru upload. skang mcm bz sket. *gmbr dlm blog nih tak best, tak mcm gmbr2 fotolumayan ;) *