Wednesday, August 31, 2011

2 Syawal 1432H














Tuesday, August 30, 2011

1 Syawal 1432H

Raya kali ni quite different daripada raya tahun-tahun sebelum ni. Mana taknya, selalunya tiap kali pagi Raya, ada sessi bermaaf-maafan sebelum ke kampung untuk solat sunat Aidilfitri, tapi tahun ni takde pun. Sebabnya, sumer orang bersiap lambat. haha. dan disebabkan lambat, selalunya balik kampung naik satu kereta je, tapi kali ni, naik 2 kereta.

Dari segi baju raya pulak, tak sama. paaaanjang ceritanya. Tapi dipendekkan, tema tahun ni sepatutnya warna Pink.



tapi tailor baju adik saya bagitau dia tak sempat siapkan baju adik2 saya sebelum raya. boleh? baju-baju tu dah la dah lama kot hantar, sebulan SEBELUM PUASA, tapi sehari sebelum raya baru dia bagitau baju tak siap! eeeeee geram betul. lain kali cakap la awal-awal tak boleh siapkan. ini tak, menyusahkan orang je. Grrrrrr!


Lagi yang lain, kali ni gambar family amek kat luar rumah pulak.

selalunya kan sama je tiap-tiap tahun (refer here and here), amek gambar dalam rumah. yang kitorang tukar cuma kedudukan sofa je. hehe. So, this year i thought we should do something different- amek gambar kat luar rumah pulak. Panas terik ok masa ni. selalunya amek gambar waktu pagi, tapi kali ni sebab sibuk sangat, dalam pukul 4 petang camtu baru lah berkesempatan amek gambar family secara proper.




tapi sebab panas, kali ni takde pose yang mengarut-ngarut. sumer skema je. tskk.
(-__-)"


us with cousins.
picture was taken at 12.42 am at our home.
dah ngantuk gila dah time ni. huhu. tapi biasa lah, bila amek gambar, sumer jadi segar bugar. haha xD ~



Apapun, raya kali ni means a lot to me in term of The Spirit of Giving. Perkara yang saya niatkan sebelum puasa lagi, dapat dilaksanakan sebelum akhir bulan puasa haritu. Alhamdulillah. Betul lah, bila kita berniat melakukan something dengan ikhlas, ALLAH akan bantu kita. DIA bagi lorong untuk saya seluas-luasnya. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata bagaimana besarnya rasa syukur saya. B0nu5 yang sepatutnya dapat next month, kami dapat sebelum raya. dan pada saya, segala rezeki yang saya dapat, sebenarnya bukan untuk saya, tapi untuk orang lain. i'm just a medium.. Dan sesungguhnya menggembirakan orang lain tu lebih membahagiakan. ^__^

ps: And btw, i got a hugeeeee hamper too! Alhamdulillah. :)

Dalam kemeriahan kita beraya, harap jangan lupakan orang lain yang less fortunate than us, yeah?

Di harap korang semua have a super blast Raya too, just like i'm having mine.
And btw, Happy Merdeka, Malaysia!
(tapi, benarkah kita dah merdeka? ;p )

Sunday, August 28, 2011

Berlalulah sudah Ramadhan..

Dah selesai pun terawih terakhir untuk Ramadhan 1432H..
Berakhirnya Ramadhan, maka berakhirnya peluang mengejar pahala berganda-ganda.
Setahun, hanya sekali, kan?
tak tahu lah sama ada masih berpeluang untuk bertemu Ramadhan 1433H, apa lagi tahun2 selepasnya..

Harap-harap Ramadhan kali ni dapat membentuk kita menjadi Muslim yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..
dan yang pasti,
bulan Ramadhan pastinya akan dirindui kita semua, kan?

Apapun,
memandangkan esok adalah hari terakhir berpuasa,
saye, Cik Gil Ra Im (hehe ;p ) akan Miss TTJL aka Cik W33da ingin mengucapkan:


*Kad raya tahun lepas. tahun ni tak sempat nak berphotoshop.. hehe. Reuse. Reduce. Recycle.. boleh? haha*

Wednesday, August 24, 2011

Pulau Bali No More :(

i wanted to join a contest that requires me to post a colourful picture, so i thought..
"haa..letak gambar masa kat Bali ni best nih.."

so, i went home and looked for my Bali pictures.
malangnya tak jumpa!
laptop memang dah sekian wassalam, rosak.
but since i normally burned all my pictures in a cd/dvd, so i looked everywhere for that cd.
langsung hilang tak dapat dikesan!! wargghhh.
frust gila, ok.
dah la tak pernah cuci gambar2 tu. terus hilang mood dan rasa sedih semalam. sobsob.
tapi baru kejap tadi teringat yang my mom ada copy gambar2 tu dalam thumb drive dia, so maybe balik raya ni i'll copy from her dan berjanji pada diri sendiri akan cuci gambar2 tu.
kalau tak, confirm menyesal tak sudah. tsk.

anyway,
korang yang baik hati dan comel-comel dan hensem2 dan cantik manis,
please vote for my pictures, boleh?
please.. please..please..

i have two pictures:



Cara Vote (How to Vote):

1. Go to the website;

H'mong woman - click here
Ao Dai Wearing Doll - click here

2. Below picture ada ikon Kool, so what you have to do is to click on the icon.



eh, tapi kena register dulu tau. register pakai FB pun boleh,
atau boleh juga register guna e-mel anda.

Kalau korang nak join pun boleh, tapi kena cepat sebab end date nya 26 Ogos 2011.
saye pun dah terlambat sebab baru masuk harini.. huhu~


by the way, nasib baik la i've uploaded my Bali Trip in fotopages few years ago.
Korang boleh tengok kat sini:


Thanks in advance! ^__^

Untuk Palestin: kawan-kawan yang baik hati, pls sign this..

SIGN THE PETITION
To the leaders of all UN member states:
We urge you to endorse the legitimate bid for recognition of the state of Palestine and the reaffirmation of the rights of the Palestinian people. It is time to turn the tide on decades of failed peace talks, end the occupation and move towards peace based on two states.


i know you, yes YOU- are good people.
Watch the video and please sign the petition and do spread to you family & friends, yeah? :)


ps:
i've posted an entry about the true story of a doctor working in Palestine last year.
you can read it here. *sila bersedia dengan tisu yer*

Tuesday, August 23, 2011

Wordless Wednesday :)


Monday, August 22, 2011

aik.. semut jer..??

Pada suatu hari, di zaman kerajaan Nabi Sulaiman..Nabi Sulaiman a.s menitahkan seluruh rakyat jelatanya yang terdiri bukan saja manusia; bahkan jin dan haiwan juga membawa sedekah atau hadiah ke istana Nabi Sulaiman. Maka berbondong-bondonglah rakyat Nabi Sulaiman datang dengan membawa sedekah atau hadiah masing-masing.

Si Gajah membawa kerbau sebagai hadiah, si Kerbau membawa kambing sebagai hadiah, Si Kambing membawa ayam sebagai hadiah, Si Ayam membawa belalang sebagai hadiah, si Belalang membawa semut sebagai hadiah. Maka berbarislah haiwan-haiwan ini untuk mempersembahkan hadiah masing-masing. Kebetulan Si Gajah berbaris di sebelah Si Belalang. Menjelinglah Si Gajah akan hadiah Si Belalang, seraya berkata, "Hai Belalang..semut je kau bawa? Tengok aku ni haa...kerbau!!"

Berkecil hati lah Si Belalang dengan ayat Si Gajah tersebut.

Kebetulan terdengar oleh Nabi Sulaiman a.s akan sindiran Si Gajah terhadap Belalang, maka bersabda baginda, " Berilah sedekah/hadiah sesuai dengan kemampuanmu.."

Maksudnya, sesuai sangat lah.. Si Gajah yang berbadan sasa membawa kerbau sebagai hadiah dan sesuai lah Si Belalang membawa semut. Kalau Si gajah membawa semut, itu kedekut namanya dan kalau Si Belalang membawa kerbau,tentulah ada yang tidak kena di mana-mana. Tidak mungkin Si Belalang membawa kerbau, dengan saiznya yang amat-amat kecil itu!

olahan cerita saye amek dari sini, sebab saye tak pandai mengarang cerita :)

cerita di atas tu saye dengar masa menonton Al-Kuliyyah last week.
Topik untuk minggu lepas adalah "Bulan Ikhlas".
quite interesting.
i mean, the way Ustaz tu bercerita agak menarik, especially masa dia cakap pasal 'Ujub', 'Riak', dan lagi satu tak ingat. hehe.
saye ada tules dalam notepad, nanti kalau rajen saye post. *kalau rajin la...huhu*

nway,back to the Gajah & Belalang story;
Sama juga dengan kita yang manusia ni.
Bersedekah lah ikut kemampuan kita.

yang hidup sederhana, bersedekah lah ikut kemampuan dan kesederhanaan.
yang kaya pula, jangan la kedekut dan berkira sangat.
beli handbag harga beribu-ribu ringgit, baju beratus-ratus ringgit, make-up kereta beratus-ratus ringgit boleh, tapi bila sedekah.. RM1 jeeee??
tak seswaiiii tau.

Tapi,
urm..
tak kesah la kot berapa ringgit yang nak dibelanjakan untuk bersedekah, yang penting ikhlas, bukan untuk menunjuk-nunjuk.
bila dah menunjuk-nunjuk, itu dah jadi RIAK. dan RIAK itu adalah syirik kecil.
so, bila dah riak, tak pepasal hilang pula pahala kita..

Dannnn, banyak cara lagi kalau nak membantu orang yang susah. bersedekah tak semestinya dengan wang ringgit. boleh juga dengan tenaga, barang-barang.. etc.

senyum pun sedekah juga, kan?
^__^



sekian tazkirah harini. ok bye~

Salam Ramadhan :)



Sunday, August 21, 2011

tak complete kalau tak pergi Jalan TAR.. ye ke?

Ana asked me to go to Jalan TAR with her last Saturday. well i had nothing to buy alright, but since i got no plan for that day, i said i'll go with her :)

park kereta kat LRT Station, pastu naik lrt dalam kul 9.15 am camtu. RAMAI GILA kot orang dalam train walhal pagi lagi. iskh. i think this must be the last-minute shopping people la ni kot. huhu~

we reached Masjid Jamek before 10 am (train tu gerak lambat. siot je. huhu)
masa tu orang pun tak ramai lagi.



but then, one hour later:


haaa.. amek kau! i feel suffocated! baju, tudung semua dah tak nampak dah. nampak orang je. siapa-siapa yang bawak baby memang kesian la.. huhu~

btw, Jalan TAR memang amazing la kan? segala design, semua ada. murah pulak tu.


i loikeeeee this pashmina!! tapi tak beli pun. hehe.


tapi paling macam haram, last week aku pegi beli harga lain, last Saturday pergi sana, harga drop gila..! aaa.. menciii tau macam ni! T__T ~

this cik kak akhirnya terbeli jubah ni. murahhhh sangatttt! tak sampai RM100, ok! tu pun aku still try mintak tawar harga, tapi tak dapat. yer yer, saye memang fail bab tawar menawar ni. haha.

and me, pun sama.. kunun takde apa nak beli, tapi last2 terbeli juga satu kurta ni:



dah lama cari, tapi tak jumpa yang sesuai (sebab takde saiz. huhu). labuh nya lebih kurang macam ni:


image from zleqha
aku dah lama follow blog zleqha ni. in fact, aku tau pasal ilsyahijab pun thru this blog. tapi tak pernah beli (jubah/kurta) sebab tau takde saiz aku. sobsob.

nway, kurta yang aku beli tu harga RM65. tapi hasil buat muka comel dan ditambah dengan ayat "bang karang saya balik naik lrt, takde duet nak bayar tambang", maka dapat la beli kurta tersebut dengan harga RM4x. nguahnguahnguah~ ^__^

errmm.. rasa nak beli lagi satu la pulak.
iskh. nafsu ni nak kena control ni. bahaya tul.
btw, masa pergi tu, kurta tinggal 2 je. aku dah amek satu, so tinggal la lagi satu. the rest, the same material, same design, tapi jubah. nice jugak. sesuai kalau nak pakai pergi jalan-jalan :)

kitorang keluar dari jalan TAR dalam kul 1 lebih camtu. kul 2pm dah selamat sampai rumah dan try baju. hehe.

Friday, August 19, 2011

Let's go to Guangzhou, Zhuhai, Shanghai & Hangzhou

when i wrote this entry, i was err i mean, M and I were making rough itinerary for China trip. kitorang dah ada route, tapi tak finalize on budget, hotel, food, etc. it's gonna be the same as Vietnam, we're gonna cover semua route kat China. hehe. Route tu pun aku buat as adviced by kawan aku yang dah travel hampir satu dunia, which he mostly done by backpacking. tapi i think it's too early to make a budget sebab tak confirm lagi nak ke China. i'm planning to go further, actually ;)

tapi kan, tetiba arini tengok ada offer Guangzhou, Zhuhai, Shanghai & Hangzhou.
RM799 je and it's for 2 person!!
route hampir sama dengan apa yang kitorang dah plan.

aiseh.. M takde pulak.. offshore.
the thing is, M was the one yang excited nak ke China.. iskh.

by the way, ni offer RM799 tu:


1) 3 star Hotel Accommodation
2) Tour Guide Services
3) Meals as stated in the tour itinerary (Non-Halal)
4) Travel in Air-conditioned tourist bus

siapa2 yang interested nak pergi China, sila ke sini untuk further details.

Thursday, August 18, 2011

tak sabo ;)

Tahun ni, banyak invitation buka puasa yang aku tolak- baik kawan sekolah. kawan bukan sekolah. kawan universiti. kawan bukan universiti. semua la aku tak pegi. sebabnya, kalau kuar buka puasa, confirm tak terawih. walaupun dalam hati berniat dan berazam 'balik nanti buat terawih sendiri', tapi bila sampai rumah, confirm terawih atas katil. haha.

tapi semalam akhirnya aku berbuka di luar juga. diinvite oleh seorang teman. aku ni punya instinct yang agak kuat, esp kalau berkaitan close friends. i could smell something when he invited me to break-fast together, that's why aku agreed, berbuka di KLCC.



aku malas betul makan kat klcc.. sebabnya aku tak sure tahap kehalal-an restoran kat dalam klcc. like i said before, aku tak kesah la orang nak kata aku tak 'in' ke.. kampung ke.. or whatever just because aku berhati-hati soal makan.

hello, makanan tu nanti akan jadi darah daging kita tau. bila makan benda-benda haram, habis la gelap dan busuk daging kita, darah kita dan hati kita. aku tak kesah orang lain sumer kata aku tak cool. janji aku cool di mata Tuhan. cecewah. macam bagus je ayat. ;p heheheh.

but seriously, aku cakap ni pun base on apa yang aku tengok terjadi di kalangan kawan-kawan aku. makan main belasah je. kedai apa pun tak kisah, peduli apa kalau restoran tu serve wine & beer, janji nampak cool. solat? memang tak. bersekudukan sebelum kahwin? hah, you'd be surprised of how selamba badak-tanpa segan silu dorang ni mengaku, siap ajak kawan-kawan datang lepak rumah dorang. ni la dia Islam hanya pada nama. *sigh*~

eh. panjang pula aku membebel walhal nak cerita pasal benda lain. hee :)

A wanted to go to Chillis, but i declined.
then he decided that we should go for fine dining.
so we went to Chinoz- full. then we went to Bumbu Desa - fully booked.
last resort, we went to Chakri Place - fully booked jugak! iskh. katanya, kat situ kena booking awal sebab selalunya a day before memang confirm full. so kalau walk in, memang tak layan la. tskk.



pastu sebab dah nak berbuka, last-last makan kat LPC je. tak sukaaaaa sebab tak sedap, tapi sebab malas nak queue kat Food Court, belasah je la..

makan sikit kurang je, pastu gi solat. pastu tawaf klcc cari kedai kek yang best, tapi semua pun macam tak menyelerakan. last last pergi makan ice cream kat Gelato Fruity- my fav! yeayy! it's good to know that someone still remember your fav dessert kan? hehe~


btw, masa pilih2 flavour tu, Linda Jasmin pun ada dengan family dia beli Gelato Fruity jugak. muka dia memang Minah Salleh abes, kan?dia pakai urm.. jubah kot. mula2 i thought she wore kaftan, pastu bila tengok lagi sekali, macam jubah je.. warna hitam. tapi nampak glam la..

anyway, kitorang stay kat Gelato Fruity quite lama jugak. we talked. dan masa tu baru lah A bagitau pasal something.

OMG!
i'm so happy!
i'm so excited!


.........

and

i can't wait to buy the flight ticket! wheeee!! ^__^


ok sekian entry takde motif. bye. haha~




Wednesday, August 17, 2011

dessert feveret bila berbuka..

ada lagi satu tertinggal, flavour Mangga. nyum nyum :)

agar-agar/puding ni memang saye beli hampir setiap hari.
hampir yer, bukan tiap-tiap hari.
seminggu ada la dalam 3,4 kali saye beli.
rasa dia memang best. tak manis sangat, tak tawar. just nice. atau bak kata orang tua-tua : manis buah.
my most fav flavour: Oreo, Kiwi dan Mangga.


ok dah dah. wipe your drools. ;p hehe


ps: Tny, tak sengaja entry tersama. hehe~

Tuesday, August 16, 2011

Monday, August 15, 2011

Legacy..

*Entry ni di draft pada 3hb Ramadhan 1432H*

Seperti tahun-tahun sebelum ni, perkara paling best di bulan Ramadhan (selain balik awal pukul 4 petang dan sekotak kurma free. hehe) , adalah menonton program tv yang sentiasa dinanti-nantikan : Jejak Rasul di TV3.

tahun ni, Jejak Rasul mengembara ke bumi Moscow dengan tema : Legasi Muhammad S.A.W di Eropah Timur.



i could feel the chill everytime i heard Zainal Arifin saying 'Legasi Muhammad S.A.W. '..
..and mix feeling surround me..
sedih..bangga..

bangga.. sebab umat Islam di Rusia mencecah hingga ke angka 23 juta yang terdiri daripada pelbagai kaum & etnik.
sedih dan terharu bila melihat bagaimana dorang solat berjemaah dalam keadaan sejuk beku.
sedih bila dapat tahu satu ketika dulu, mereka tak dibenarkan beragama.
bangga bila ada dikalangan mereka yang mempertahankan kedaulatan agama Islam.
kagum bila sejak tahun 1760-an (or is it 1770-ish), sudah wujudnya Majlis Agama Islam di Rusia.

kita kat Malaysia ni ada baaaaanyak masjid yang indah2 , tapi penuh ke masjid yang banyak tu?
sejauh mana kesedaran kita dalam menghayati & mempertahankan Islam?
kalau ditakdirkan suatu hari nanti, hak beragama kita is being denied (Nauzubillahiminzalik!), how far would we go to defend it?

risau.
berapa banyak kes buang bayi yang kita dengar setiap hari?
mat rempit?minah rempit? kes khalwat?
semuanya berpunca dari sebab yang sama:
Gejala Sosial. Pergaulan Bebas.
tu tak campur yang tak solat.. tak puasa..etc.

lupa diri. lupa agama.
yang tinggal, Islam hanya pada nama..........
agama yang diwarisi semata-mata...........






Sunday, August 14, 2011

hohoho balik kampunggggggg~

balik kampung tempoh hari buat aku terasa macam balik raya la pulak. sebabnya, surprisingly semua adik-adik aku ada kat rumah. 2 orang yang kat asrama balik untuk cuti weekend. yang kat UKM tu pun tetiba balik juga. while me on the other hand, memang dah plan nak balik that weekend sebab dah janji dengan si Abang (my 16 year old brother) sebab dia dah bagitau awal-awal yang dia balik rumah that weekend.

masa on the way ke Melaka, Angah called. ajak pergi window shopping baju raya. aku pulak.. "'Eii Along nak buka puasa kat rumah laaa". pastu dia kata; "tak payah. nanti beli je la apa2 kat kedai". T__T

so, pergilah kami ke Bazar Ramadhan yang tak best itu.. which we normally pergi pada malam raya untuk membuang duet masa. =p

actually, i was contemplating between balik on the first week of Ramadhan OR balik last weekend sebab last week kan ada MATTA FAIR. aku ni mana la pernah miss pergi MATTA FAIR. that's like my annual event kotttt. tapi last-last aku decide tak pergi.. ye la kan. family comes first. ceaaaa ;) hehe~

korang ada ke yang pegi MATTA FAIR tempoh hari? best tak? ke sama je macam tahun yang lepas-lepas?




ps:
aritu first time dalam hidup aku masuk butik pengantin. mintak pelamin camtu. mintak nak bunga yang macam ni. poyo je kan. padahal bukan aku yang kawen. kuakuakua.

Saturday, August 13, 2011

Friday, August 12, 2011

Surviving Baju Raya Part 2 : Raya 2011


I was wearing a pleated skirt to office when i read this. Eh macam tak sangka pula boleh tersama taste. hehe. i have always love pleated skirt. it looks cute. i love the 'flowy feely'. somehow it makes me feel so feminine... 'cos i'm actually not ;p

mine looks like this:
image googled from here.

tapi of course la labuh, kan.. takkan nak pakai short skirt dengan tudung pulak. huhu~

anyway, i noticed my blog got so many traffic hits on my last year post;

wow.
i never thought that people will come to this blog for some baju raya inspiration as this is so not a fashion-blog-whatever.
macam kelako la pulok. haha.

But anyway, today i wanna talk about baju raya.. ye yeahhhh~! ^__^

FYI, i'm not a baju kurung person. kalau tak raya, maka takde lah baju kurung saye.
tapi this year, i have quite a lot of baju kurung - ni sumer kes bershopping masa kat Vietnam tempoh hari. But most of kain-kain yang dibeli, bukannya untuk dibuat baju raya.. tapi untuk ke office. Maklumlah.. asyikkkkk laaa pakai kemeja & blouse je kan. So i thought this year should be the year i become a 'baju kurung person ' .

Untuk hari raya ni, saye beli 6 pasang kain jubah Vietnam untuk adik-beradik perempuan + my mom. if u read here, u'd would know how i'm alway ALWAYS ALWAYSSSSS adore Abaya/Jubah. So insya Allah, this year berjubah la kami di Hari Raya.
oh yeahhh!
tapi tak tau la nak pakai hari raya yang ke berapa.. huhu~

taken from missabaya.com.

sekarang tengah mencari a matching shayla untuk jubah. susah la nak cari yang sesuai. Malam tadi ada terjumpa dekat Bazar Ramadhan kat Melaka ni, tapi plain sangat. Kalau tak jumpa juga yang cun, last resort: beli je shayla tu tapi ,matchkan dengan Dangling Brooch.


awesome! ^__^

I also have a kain chiffon. i asked the tailor to make a Baju Kurung Moden, lengan cuff, and with the kain to be a pleated one, tapi dia tak reti buat, so end up.. kain tu di buat jadi kain kipas belakang aje.. bo-ring. :(

semalam lepas balik dari Bazar Ramadhan, terblog-hop pula ke blog the famous Malaysian Fashion Designer: Rizalman Ibrahim, tengok-tengok,one of his Hari Raya Collection ada yang kain pleated juga.


waaaaa! cantikkkkkk!!
nasib la kain saye tu tak jadi pleated, kalau tak menangis rizalman tengok kain aku. kuakuakua. i'm just kidding, ok! hehe. of course la tak setanding beliau. mine just kain murah je..

and honestly, Rizalman is one of my most favorite fashion designer.
dah lama ok! dari zaman sebelum dia amek anak angkat, sampai la Umar tu dah besor.
i still remember watching Nona doing a cover about him adopting Umar..

What else eh..
hmm.. let's see...
ooh, i have one baju that looks sort of like this:
yang warna biru tu yek

also using a chiffon material. saye tak beli pun kain tu. it's actually a selendang yang dapat sekali dengan baju ini:
tapi selendang tu besarrrrr sangat, so i thought, hmm.. ni bolei buat baju ni. maka, apalagi, this year hantar kat tailor mintak buatkan baju.
the perks of being a kecik person. hihi~

Ada lagi, tapi yang lain semua baju biasa je:
kurung, kurung moden & kurung Pahang.
Nothing special nothing fancy.
in fact, kalau diikutkan, baju raya ada satu je, yang jubah tu je la. Baju-baju yang lain tu sepatutnya siap dah lama, like 2 or 3 months before Ramadhan untuk dibuat pakaian seharian & untuk wedding/special occasion, tapi tailor tu busy gilaaaaa, maka last 2 weeks baru baju-baju tu siap. *sigh*
so, dah alang-alang dah nak puasa, buat je la jadi baju raya terus. Terasa agak pelik juga la, sebab i normally don't have lots of Baju Raya. Tak penting pun. Selalunya pakai je apa yang ada. Kali ni, haaa amek kau.. raya sakan. kelassss kau, Jah! hahaha~

okay tu je.
Sekian. terima kasih :)



Thursday, August 11, 2011

sape kat sini yang suka bergambar..? ;)


i'm pretty sure by now everyone has at least a digital camera. even yang masih student pun ramai yang dah ada DSLR..kan?
abis tu lepas amek gambar, korang buat apa?
upload kat blog?facebook? tumblr?etc? tu je kan?kan?kan?

i like to print out my pictures.
kalau zaman tok kaduk dulu-dulu, memang saya selalu pergi kedai cuci gambar.
tapi zaman digital ni, lagi la senang.
select je gambar, masukkan dalam thumb drive pastu pergi kedai gambar, suh dorang print. easy peasy. hehe.

contohnya macam ni:


Album Krabi 2009.

(i've blogged about this before kat sini.)

so yes, i LOVE collecting photos.
somehow saye rasa lagi best bila boleh belek-belek album gambar daripada tengok yang dalam laptop/online.
TAPI kannnnn,
gambar-gambar Vietnam belum print lagi
sebabnya.. banyak sangat gambar sampai tak tau nak pilih yang mana! haha.

anyway,
sekarang ada MAD promotion:




murahhhh okayyy!
selalu saye dicharge sampai RM200 kalau print gambar SAHAJA (without album).
now dah ada promo macam ni, harus la beli kupon ni, kan! hehe.

so, apa tunggu lagi, klik je kat sini untuk lebih lanjut ye :)





Monday, August 8, 2011

musim bunga untuk ahli ibadah, musim kemarau untuk ahli maksiat.

haa.. aku suka ayat tu.
it was said by Fedtri Yahya dalam MHI pagi tadi.

bestnya Wardina dah kembali mengacarakan MHI.
aku sukaaaaaa sangat gandingan Wardina & Fedtri.
sejuk je rasa hati.

back to the quote:

" ..bulan Ramadhan ni, musim bunga untuk ahli ibadah, tetapi musim kemarau untuk ahli maksiat.. "

ofismate aku yang tak pakai tudung, time bulan puasa ni pakai tudung.
tak sure la temporary je ke atau permanent, tapi Alhamdulillah,
at least perubahan tu dah ada.
yang selalu pakai skirt & baju yang quite revealing, sekarang ni dah pakai sopan-sopan. Alhamdulillah jugak.
at least ada kesedaran.


me..?
harap-harap khatam Quran malam ni atau esok.
:)

Thursday, August 4, 2011

Favour Box ( for wedding & other events)!



alololor cutenya..








siapa-siapa yang tengah pening kepala mencari favour box yang murah-murah, boleh la ke sini.
sekarang Ole-Ole Manis tengah buat offer: RM45 instead of RM110 for 50 Multi-design Favour Boxes , tapi kena cepat tau sebab for a limited time only.

sekian iklan MAD saya.

timekaseh :)