1 Syawal 1432H

11:00 PM

Raya kali ni quite different daripada raya tahun-tahun sebelum ni. Mana taknya, selalunya tiap kali pagi Raya, ada sessi bermaaf-maafan sebelum ke kampung untuk solat sunat Aidilfitri, tapi tahun ni takde pun. Sebabnya, sumer orang bersiap lambat. haha. dan disebabkan lambat, selalunya balik kampung naik satu kereta je, tapi kali ni, naik 2 kereta.

Dari segi baju raya pulak, tak sama. paaaanjang ceritanya. Tapi dipendekkan, tema tahun ni sepatutnya warna Pink.



tapi tailor baju adik saya bagitau dia tak sempat siapkan baju adik2 saya sebelum raya. boleh? baju-baju tu dah la dah lama kot hantar, sebulan SEBELUM PUASA, tapi sehari sebelum raya baru dia bagitau baju tak siap! eeeeee geram betul. lain kali cakap la awal-awal tak boleh siapkan. ini tak, menyusahkan orang je. Grrrrrr!


Lagi yang lain, kali ni gambar family amek kat luar rumah pulak.

selalunya kan sama je tiap-tiap tahun (refer here and here), amek gambar dalam rumah. yang kitorang tukar cuma kedudukan sofa je. hehe. So, this year i thought we should do something different- amek gambar kat luar rumah pulak. Panas terik ok masa ni. selalunya amek gambar waktu pagi, tapi kali ni sebab sibuk sangat, dalam pukul 4 petang camtu baru lah berkesempatan amek gambar family secara proper.




tapi sebab panas, kali ni takde pose yang mengarut-ngarut. sumer skema je. tskk.
(-__-)"


us with cousins.
picture was taken at 12.42 am at our home.
dah ngantuk gila dah time ni. huhu. tapi biasa lah, bila amek gambar, sumer jadi segar bugar. haha xD ~



Apapun, raya kali ni means a lot to me in term of The Spirit of Giving. Perkara yang saya niatkan sebelum puasa lagi, dapat dilaksanakan sebelum akhir bulan puasa haritu. Alhamdulillah. Betul lah, bila kita berniat melakukan something dengan ikhlas, ALLAH akan bantu kita. DIA bagi lorong untuk saya seluas-luasnya. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata bagaimana besarnya rasa syukur saya. B0nu5 yang sepatutnya dapat next month, kami dapat sebelum raya. dan pada saya, segala rezeki yang saya dapat, sebenarnya bukan untuk saya, tapi untuk orang lain. i'm just a medium.. Dan sesungguhnya menggembirakan orang lain tu lebih membahagiakan. ^__^

ps: And btw, i got a hugeeeee hamper too! Alhamdulillah. :)

Dalam kemeriahan kita beraya, harap jangan lupakan orang lain yang less fortunate than us, yeah?

Di harap korang semua have a super blast Raya too, just like i'm having mine.
And btw, Happy Merdeka, Malaysia!
(tapi, benarkah kita dah merdeka? ;p )

You Might Also Like

2 comments

Like us on Facebook

Flickr Images