Thursday, May 3, 2012

cerita-ceriti Broga Hill


Dah sekian lama teringin nak hiking Broga Hill, tapi tak berkesempatan. the main reason, takde 'kaki' (geng). Satu hari tu, She message through TK2 Whatsapp group, ajak kitorang naik Broga. 'prektis' katanya, memandangkan dekat TK2 nanti kitorang akan baaaaaaanyak berjalan. maklum la, percutian bajet. jalan kaki pun, jalan kaki laaa.. hahahaha.

anyway, memandangkan ahli-ahli TK2 bersepah..maka susah la nak set date panjat Broga. sorang kat Terengganu. sorang lagi pulak, kejap kat Terengganu, kejap kat Ampang. masalahnya, kalau kat Ampang pun, jarang sangat la melekat kat rumah, ada je aktiviti, ye tak Cik Wry? (Tapi kitorang baru je hangout sesama sebab tengok The Avenger last Friday night. hehe.) ;)

last-last, it's just me and She. so i asked Anneh & En Kaki Bola to come along and Anneh asked his brother & SIL to join us. TAPI, yang jadi pergi cuma saye, She & Anneh aje. En Kaki Bola obviously tak pergi sebab stay up tengok Man U vs Man City (Man City won, btw), while Anneh's brother & SIL penat sebab baru sampai dari kampung.

Kitorang plan pergi 1 Mei 2012 memandangkan time tu je la yang kitorang available. so, malam Selasa aritu, She crashed at my house since my house is closer to Semenyih than her place. memula konon-konon plan nak gerak pukul 4am, sebab nak tengok sunrise. tapi sebab malam tu dok berborak tak habis-habis, so kitorang decided nak gerak kul 4.30am from my place. itu plan je la.. apa yang jadi sebenarnya, kitorang gerak dari my place pukul 4.45am. hehehe. lepastu pergi amek Anneh.. lambat sebab sesat cari rumah dia kat Pandan Indah. hampeh tul. dah la patutnya dia yang datang amek kitorang, tapi last-last kitorang yang pegi amek dia sebab dia tertido tengok bola. aigooo -__-"

tak sure gerak dari Pandan Indah pukul berapa. tapi perjalan cuma mengambil masa dalam setengah jam++ je kot kalau tak silap. hehe. sorry tak keep track dengan masa. yang pastinya, pukul 530am kitorang stop kat 7'Eleven Pekan Semenyih untuk beli roti & air (saye beli roti je. air masak dah bawa siap-siap dari rumah.)

Selesai shopping makanan, kitorang pun gerak ke Pekan Broga. masa nih dah redha yang kitorang takkan sempat tengok sunrise, so kitorang pusing-pusing Pekan Broga cari surau memandangkan She cakap kat atas sana takde toilet & takde tempat solat. Anneh on Papago cari direction Surau. jalan punya jalan..last-last rupanya tempat yang dikatakan surau adalah sebuah rumah/pondok yang dah lama terbiar. macam tempat berhantu pun ada! seriously!! seram weiihh dah la senyap sunyi masa tu. cecepat suruh Anneh u-turn pegi masuk pekan balik. tskk.

masa tengah usha-usha tu, ternampak ada satu kedai makan baru nak buka. nama restoran tu 'Restoran Abdul Rahman' err kot? kalau tak silap la.. kedai mamak. tapi don't worry, mamak ni confirm Muslim sebab masa kitorang mintak nak tumpang solat, dorang pun tengah take turns solat dalam bilik. :)

Dah selesai, kami pun gerak ke kaki Bukit Broga. waktu tu dah pukul 630am dah pun. dah nak cerah. parking kereta kat luar je sebab masatu baaaaanyak gila kereta. maknanya dah ramai la tu yang dah start mendaki @ already there. i was excited. da lama gila kot tak hiking. kalau ada pun, hiking sekejap masa nak pergi Na Muang2  Waterfall ;p kira Broga Hill ni macam lepas gian hiking la ni. kikikiki.




btw, like what they've warned in FourSquare, Broga Hill was crowded with people.


Human traffic, as they say.


 dari segi hiking, tak susah pun. ok for beginner, me think. takyah kata beginner la.. untuk orang yang da lama tak hiking macam saye ni pun ok. lagipun, yang best tu bila da sampai kat checkpoint-checkpoint tu. Masha Allah, view cantik sangat! but yeah, it was crowded, so susah nak amek gambar. orang yang datang awal dah chop batu2 besar.. ada yang siap bawak groundsheet! jeles! hehe. teringat masa zaman belajar dulu. ooh i miss the good 'ol times!


walaupun crowded, tapi rasa seronok juga bila ramai-ramai macam ni. macam ada pesta.


kagum bila tengok ada muslimah yang pakai tudung labuh & berjubah sama-sama mendaki. kau mampu?huhu. sapa kata tutup aurat tak boleh buat aktiviti lasak? meh sini haku lastik mulut tu ;p ada juga young parents yang bawa baby dorang sekali. haiih, saye yang bawak sweater & air sebotol & roti pun da rasa berat (sebenarnya, badan yang berlemak-lemak ni yang berat. haha), macam mana la dorang boleh hiking sambil bawak baby. #tabikspringtoinktoink.






anyway, Anneh tengok saye macam sengsara sangat bawak beg, last2 dia offer amek barang-barang dari beg saye. bukan ada apa pun. sebotol kecik air mineral & roti je. pastu tahu tak, bila dah sampai CP2 baru She & I taw yang Anneh carry laptop! errkkkk!


ni tempat yang paling mencabar.
sebabnya, kau kena panjat batu ni.
kelakar jugak la masa ni sebab saye ni kaki pendek, so nak push badan ke atas tu macam susah sket la (sebab segan sebenarnya. hihi)
pastu budak2 ni were all like "Ok Kak! sikit lagi Kak! mesti bolehhhh punyaaaa!"
HAHAHAHAHAH



yeaahh! puncak Broga!Alhamdulillah..sampai jugak akhirnya. ngeeee~

masa yang diambil dalam sejam kot nak sampai puncak.sebabnya..kitorang sangat la bersantai lenggang kangkung sepanjang perjalan. kejap-kejap berenti amek gambar. tak pun, tengok orang. entah. rasa aman damai sangat, walaupun ramai. rasa best :)


kitorang gerak turun pukul 9am. haaaa kalau nak tahu, saye ni sangat la suka mendaki, TAPIIII benci gila bila nak turun. kalau la ada alternatif lain, memang la saye dah guna. seriously. macam kalau pergi wall climbing, amboi bukan main excited lagi climb. tapi bila nak turun, mula la nak menangis sebab gayat. kuang3. terbalik dengan She. masa hiking otw naik ke puncak, punya la macam malas-malas. tapi bila turun,amboi bukan main sihat lagi. tak saba nak minum air tembikai punya pasal. lol.


apapun, it was fun. next time kalau pergi Broga Hill..kena la pergi awal. boleh tengok sunrise.. boleh baring2 atas batu.. boleh pose ala2 Windstruct...boleh la buat macam-macam lagi... ;)

2 comments :

~~~ana121~~~ said...

hahaha..saperlah Cik Wry tu yer, tak duduk diam sungguh...
Nanti kite plan training lain pulak eh, sori time tu memang dh janji nk keluar dgn famili makcik...huhu..

Gil Ra Im said...

tu la..sape ntah cik wry yg bz kalah menteri tu. dgr kabarnya dia da balik ganu. tatau la betul ke tak.. ;p

haish, bila reply komen ana, baru akak teringat yg akak x sempat pegi pesta buku. huuuuuuu! keciwaaaa~

ok, nnti kita gi training, k Cik wry..? ehh upps. kantoi pulak sape cik wry. hehehe