Saturday, May 14, 2016

pengalaman bersalin premature baby~

** i write this down for future me, in case i need to refresh the details later on **

my first born, Amsyar was a preemie (premature baby). he was born via csection - and it was an emergency one.

alkisahnya, i went to see my gynae during 32weeks check-up. Gynae kata, everything is okay. baby kecil, but nothing to worry sebab mommy pun kecil. so, basicaly, semuanya ok lah until i showed her my swollen feet. and all of a sudden, Gynae nampak gelabah lalu cepat2 keluarkan alat ukur tekanan darah.and the result? well... i will never forget her words:

"i have to admit you now. your blood pressure is too high!"

to cut the story short, i had my 'percutian 3H2M' di hospital. tekanan darah tak turun-turun. protein dalam urine remains +2. i had what they call as Pre-Eklampsia. maka akhirnya i was sent to GH on Sunday night. dan tiba-tiba perlu emergency czer pada malam tu juga memandangkan ctg baby menunjukkan abnormal (we only found out recently, bahawa uri telah pun tercerai masa tu. baby dalam perut dah distress, thus the abnormal CTG). 

never had i imagined things gonna be this way. bersalin czer satu hal. anak pra-matang satu hal lagi. i mean, i have no idea what premature really is.
disebabkan tekanan darah yang masih tinggi walaupun selepas melahirkan, saya tak dibenarkan melawat anak (yang masa tu berada di NICU). jangan kata melawat anak, Doc tak bagi pun bergerak pergi mana2 kecuali disuruh bergerak ke toilet memandangkan saya di czer, so perlu menggerakkan anggota badan agar darah boleh mengalir dengan baik.. supaya tiada blood clots.

i could only visited my baby on Day 3 - tu pun merayu dengan doctor. doc tu pulak memang jenis yang baik hati, akhirnya dia benarkan juga saya pergi melawat baby di NICU dengan syarat, pakai wheelchair. Alhamdulillah... suami bawak saya masuk NICU. dan kali pertama melihat anak, hati sebak.. airmata turun dengan lebatnya.. ya ALLAH.. sedihnya tengok keadaan baby yang berada dalam kotak kaca, hanya pakai pampers, penuh dengan wayar2 di seluruh badan. hancur sungguh rasa hati masa tu..


the first time we met. 
he was born on 17th Feb 2014.
i could only met him on 20th Feb. 
T___________T



i was warded for a week - discharged after my BP turned normal, tu pun masih perlu pantauan dari KK setiap hari. dan lepas discharged, bermula lah kehidupan berpantang-yang-tak-berapa-nak-pantang.


BAGAIMANA CARA BERPANTANG SAMBIL ANAK WARDED DI HOSPITAL?

Honestly, tak berpantang pun.
Saya cuma mampu berpantang dari segi makan sahaja + mandi herba+ berurut (urut selepas 2 minggu czer).
sebabnya, pagi-pagi dah sibuk ke hospital.
stay sampai tengah hari atau petang. kadang-kadang, lepas maghrib pergi hospital semula dan duduk lah sana sampai pukul 10 malam (atau sampai kena halau. hehehe. )


jadual saya:
(waktu Amsyar dah duduk dalam cot)
usually, suami akan hantar ke hospital pukul 7.30 atau 8.00 pagi.
kalau nurse belum warmkan susu Amsyar, saya akan ambil Amsyar dan direct feed dia. sebabnya, ada ramaiiiii baby kat nursery. nurse akan bagi susu ikut turn. dan selalunya turn Amsyar lambat. tak sampai hati saya tengok dia menanges sampai merah2 muka badan sumer. that's why saya DF jer dia terus. so ebm yang ada bole simpan untuk kegunaan waktu malam.

tengah hari, samada suami bawak sy balik ke rumah atau suami bawakkan bekal nasi siap2. Mama masih bekerja masa ni, tapi pagi2 dia akan masakkan lauk pantang untuk saya (tengkiu Mama, lebiu!). 

waktu Amsyar tidur, i'll stay in the nursing room and pump. yer, waktu ibu-ibu lain menyusukan anak mereka, saya pula buat muka toya keluarkan pump. hehe. (mostly ibu2 yg dalam Nursing Room tu ada kat situ sebab susukan anak2 yang kena jaundis. )

itu masa Amsyar dah duduk dlm kot.
tapi waktu sebelum tu, semasa Amsyar masih dalam inkubator, saya masuk lewat sikit. normally at 9am or 10am camtu sebab:

- tunggu doc pakar buat morning round. biasanya parents tak boleh ada kat baby masa tu. so what i did, tunggu kat luar nursery. lepas Doc abes round, saya akan jumpa Doc dan tanya perkembangan baby. setiap hari saya akan jotted down apa yg Doc cakap dalam henfon (utk reference. sangat penting sebab kadang2 harini Doc cakap camni, esoknya dia cakap lain pulak. so it's important for mom/dad untuk ambil tahu every single thing).
- masa dlm incubator, amsyar tak boleh DF. dia minum susu guna tube. biasanya nurse yang akan bagi susu guna tiub sbb saya tak pandai (dan takuttt!). So, keberadaan saya di sana hanya lah untuk sessi Kangaroo Care sejurus selepas Doc Pakar habis round NICU/SCN (special care nursery).

this is baby Amsyar, inside my baju. hehe.


Amsyar stay di hospital agak lama. 57 hari. as a mom, that was 57 of miserable days for me to keep holding on. Masa usia dia 30 hari camtu (tak ingat exact days. malas nak bukak note. hehe), he had a surgery for Hernia (apparently, it's normal for premmie to have hernia since most of premmie organs are not fully developed when they were born).Lepas surgery, dia sangat2 lemah disebabkan Doc over-bius Amsyar. Amsyar tak sedar dalam 2 hari. lepas tu, ada jangkitan kuman pulak dalam paru-paru, so after a few days after the surgery, he was transferred to isolation room. memang haywire sangat hidup saya sepanjang 57 hari tu, espeacially after the surgery. hari2 menangis takyah citer laa sampaikan Doctor Peads datang kat saya yang sedang berjuraian air mata, pujuk2 saya. i remember she said:

 "i know you are sad. but we are trying to do the best we can to help your baby to be healthy. i'm not in ur shoes, i know. but Mommy needs to be strong, because baby can feels you. if you are sad then baby will sad too.." -> lagik la aku menangis bila Doc cakap camtu kan. haha.

anyway,
Alhamdulillah..
Amsyar is such a fighter, he finally comes home after spending the first 57 days of his life at NICU/SCN.
syukur sangat ya Allah. tak mampu diucap dengan kata-kata.
sekarang he is a healthy 2 years ++ young little Abang. 
sangat cheeky, sangat periang. my sister call him as "budak yang mudah terhibur". hehe.
he loves his baby sister so much- kejap2 nak cium Adik Baby. comelsss sangattt.

so, that was my experience as a first time mom, with PE condition, emergency cesarean to a premature baby. hope it helps to other preemie parents out there.

pls don't be scared. it's true, you have to be strong.

setiap hari kat sana, sentiasa lah:

* baca zikir & doa sambil usap2 baby. i always recite Surahs to Amsyar.
* sometimes i sang to him ("You are my sunshine.. my only sunshine.." -> sebab selalu jugak nyanyikan lagu ni masa dia dalam perut. hihi~)
* Kangaroo Care!! wajib sangat nih.
* kadang-kadang, in between baca surah/nyanyi, saya selalu juga borak2 dengan Amsyar. selalu pesan cakap dia kuat.. dia hebat.. dia fighter.. cakap mommy & ayah tunggu dia bebetul sihat supaya bole balik..
* breastfeed! haaaa ni pun penting jugak ni. sebabnya, baby prem ni sangat sensitif. hanya susu ibu sahaja yang mempunyai antibodi. susu FM takde yer.selain untuk antibodi & segala bagai khasiat lain, ia juga penting untuk 'bonding'. maklum lah, macam kes saya: we met only after 3 days. no skin to skin after birth. no direct feed whatsoever. however, i did pump for my baby. pastu pass kat nurse untuk disimpan dalam fridge NICU. Walau pun tengah sakit & agak depress jugak la masa tu, tapiiii kuatkan hati demi anak. nak anak cepat sihat punya pasal. Wahai ibu-ibu, cubalah kuatkan hati untuk anak anda. unless kalau ibu mempunyai penyakit yang tak membolehkan untuk menyusukan anak. berulang-alik ke hospital selama 2 bulan, bermacam jenis orang yang saya jumpa. paling kagum dengan ibu-ibu cekal yang mempunyai penyakit yang berisiko tinggi, tetapi tetap berjuang lahirkan anak. walaupun tak mampu untuk susukan anak, saya kagum dengan kecekalan dan ketabahan mereka,

last but not least,
sedih pilu macam mana pun, jangan sesekali menangis depan baby. inshaa ALLAH, baby kuat jika parentsnya kuat :)

0 comments :