Monday, May 23, 2016

Pre-Eklampsia dan Second Pregnancy

Alhamdulillah..
Harini genap 25 hari Baby Thea lahir ke dunia yang fana ini. Baby Thea lahir fullterm, 38weeks. Syukur sangat walaupun tak sampai 40weeks. Yang penting, melepasi 37weeks. Alhamdulillah.

Bagi seseorang yang pernah didiagnos mempunyai risiko Severe Pre-Eklampsia semasa mengandung kali pertama 2 tahun yang lepas, dan melahirkan anak tak cukup bulan (32weeks), saya memang agak takut-takut sejurus bila mengetahui bahawa saya mengandung lagi. Seronok, tapi risau.

Risau sekiranya keguguran (sebab masih breastfeed Amsyar). Risau sekiranya kandungan kali ini tak mencapai full-term. Dari 'research' yang saya lakukan, most of ibu-ibu Pre-Eklampsia (PE), biasanya akan menghadapi PE juga dikandungan seterusnya. Paling menakutkan, kandungan seterusnya lazimnya lahir lebih awal dari yang sebelumnya. Contoh, kandungan pertama lahir 35w, kandungan kedua lahir 31w.. kandungan ketiga 28w. Itu hasil yang saya dapat dari perkongsian ibu2 dalam group Baby Premature dan juga dari ibu-ibu yang saya kenali di hospital sepanjang berulang-alik ke NICU semasa Amsyar lahir dua tahun yang lepas.

Jadi, semasa mengandungkan Thea, saya di tahap 'redha' dan 'pasrah'. Saya dah siapkan mental bahawa kalini saya bakal melahirkan seorang lagi premature baby. Tapi, of course.. setiap hari di setiap hujung solat saya berdoa semoga kandungan kalini dapat mencapai fullterm. At least sampai 36weeks pun dah ok..




This 2nd pregnancy is quite different from the previous one.

Semasa 1st pregnancy, saya ok je setiap kali check up. Ada GDM, tapi tak teruk. Blood pressure, HB semua ok. Cuma tak tahu kenapa semasa checkup 32weeks, BP mencanak-canak naik. Saya syak sebab stress semasa di London/Paris. Saya tak boleh cope dengan cuaca winter di saat kandungan 28weeks. Tapi tak tahu la sebab sebenarnya apa.

2nd pregnancy pula, BP saya sentiasa low. HB masa awal2 pregnancy pun low. So what i do is, each morning wajibbbb makan jus delima 2 @ 3 sudu. Selain tu, setiap hari makan kurma, minum susu, minum jus buah-buahan dan juga makan buah. Hasilnya, HB makin cantik. Tapi BP tetap low. Mungkin disebabkan low BP, Doctor tak prescribe ubat darah tinggi untuk saya. Melalui pengalaman ibu2 PE, kata mereka, bila start mengandung je, Doc akan prescribe ubat utk elakkan BP mereka dari naik seawal kandungan 8 minggu. Saya takde pulak. Nurse KK pun pelik bila saya bagitau yg Doc takde suh start makan ubat. Saya cuma cakap.. maybe sebab low BP la kot. Selain itu, saya disahkan mempunyai GDM ketika kandungan berusia 31weeks. Terpaksa la control diet sampaikan berat turun gara2 terlalu jaga makan. Haishhh. Macam2 hal..

Apapun.. saya rasa syukur sangat bila kandungan mencecah 35weeks. Hari-hari berdoa, hampir setiap hari solat Hajat semoga kandungan kalini melepasi 36weeks. Bila dah mencecah 35weeks ni, baru lah reti nak menggelabah, kena buat pilihan samaada nak vbac atau cesaer? Of course, saya pilih untuk vbac. In fact, last minute baru la belajar teknik2 gentle birth. (Sila jangan tiru perangai ni yer. Sila laa belajar dari awal supaya tak menggelabah bila tiba waktu melahirkan). Punya la bersemangat nak melahirkan secara natural & gentle, hari2 minum VCO. Minum susu kambing. Buat exercise. Mencangkung sambil mandikan amsyar (padehal selalunya berdiri pun bole. Hehe.)

Di usia kandungan 36weeks, pergi la check up dgn Gynae kesayangan, Dr. I. Minta opinion whether i can vbac or do i need another cesaerian? Kata Dr. I, dia prefer cesaer. Tapi kalau nak try vbac pun boleh. But.. (yes, there's a but!) I had PE during my previous pregnancy, so kemungkinan utk PE attack semasa tengah push-push tu tinggi. They hafto send me to OT once PE attack. Maka akan jadi lah Emergency Cesaer. Bila dah jadi emergency, akan kelam kabut lah jadinya.. hmmm. Termenung lah saya bila Dr.I cakap macamtu. Last sekali, Dr.I suh bincang dengan husband dan buat istikharah. I should come to her again on 37weeks to set date untuk cesaer once i reached 38weeks.

What did I do? Well.. my husband and i decided to skip the appoinment. Kitorang pergi GH on 38weeks untuk regular check up. Jumpa Doc Pakar, buat scan. Doc cakap "air ketuban awak tinggal sikit sangat ni. Kita kena keluarkan baby harini jugak". I was like... "huh?" Sambil dalam hati berkata 'aik. Konon nak lari dari czer dgn Dr.I. arini tapi nampaknya sampai sini pun kena jugak. Memang dah takdir baby lahir masa 38weeks kot..'

Selain sebab air ketuban yang tinggal tak sampai separuh, CTG menunjukkan pergerakkan baby tak cantik (padehal baby thea ni mmg jenis tido siang. Biasanya dia start actively kicking kul 2pm sampai la ke pagi esoknya. Tapi Doc tak accept. Dia cakap 'kalau gitu maknanya memang baby awak ada problem' T_T ). Doc decide untuk keluarkan baby pada hari itu juga kerana risau memandangkan history kandungan sebelum ni di mana uri telah pun tercerai dari rahim. So nak tak nak, kena la potong hari itu juga. Maka jadi lah emergency czer untuk kali kedua. So there goes my 'gentle birth" down the drain. Huwaaaaaaaaaaa!

Setelah bermacam2 dugaan; iaitu 3x kena potong queue masuk OT room. Last makan 9.30 pagi, 27/4/2016. Kena puasa untuk czer sebab dijadualkan masuk OT pukul 4.30ptg. Tapi last sekali, kul 11.30malam baru ditolak masuk ke OT. (Emergency la sangat kan? Pfftt) Sebelum tu siap mintak pospon suh diorang czer esok je la sbb iolls laparrr sangatttt. Sian baby dalam perut. Huhuu.

Tapi akhirnyaaa..
28/4/2016, jam 0014hrs lahir lah seorang baby girl yang comel macam amoi Jepun.. hehehe.


Apapun.. alhamdulillah. Syukur sangat kalini dapat merasa full term pregnancy. A bit sad tak dapat vbac, but i believe.. Allah's plan is the best plan of all. Takpe lah tak merasa natural birth, yang penting both mommy & baby selamat. No point trying to vbac when i know it is full of risk, i can end up in ICU for a month or worst.......... my baby might live without her mommy. Sobbsss.

Having PE is a no joke. Pengalaman pertama dulu banyak mengajar. Dah melahirkan, tapi tak dibenarkan melawat anak. Ada baby, tapi tak boleh pegang. Cuma mampu lihat dari luar sahaja. Bayi kecil penuh dengan wayar. Bayi kecil yang hari2 nya dipenuhi dengan pelbagai test.. bayi kecil yang hampir setiap hari dicucuk. Setiap hari wondering if he is still alive the next day. Ohhh cukup lahhh.. that's why i think it's okay kena czer pun. Yang penting dedua selamat. Alhamdulillah...

0 comments :